Nak kerja oil & gas? tapi tiada ‘basic’ dan pengalaman? Ini 9 cara ramai tak tahu, no.9 tu ramai kecundang

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Industri minyak dan gas menjanjikan peluang kerjaya dengan pendapatan tinggi telah menarik perhatian golongan muda

terutama lelaki untuk menceburi industri ini seawal mungkin.

Maka, ramai yang bertumpu dan sedar berkenaan ‘supermajor’ iaitu syarikat operator minyak dan gas yang besar seperti Petronas, Shell, Exxonmobil, JX Nippon.

Nak kerja oil & gas? tapi tiada 'basic' dan pengalaman? Ini 9 cara ramai tak tahu, no.9 tu ramai kecundang

Kesan dari itu, mereka tidak sedar tentang ‘player’ lain di dalam industri.

Tambahan pula, keperluan kerja yang berkaitan dengan subjek mereka di universiti adalah kurang dan ramai yang belajar jenis ‘theory oriented’.

Sudah tentu keadaan ini kurang baik untuk pelan kerjaya mereka di masa depan kerana ada kebarangkalian untuk graduan berkaitan industri ini akan memilih kerjaya yang tidak relevan dengan jurusan yang sudah dipelajari di institusi pengajian.

Hal ini telah disedari oleh seorang pemuda yang sering berkongsi di Facebook dan pernah dijemput oleh pihak universiti untuk memberi penerangan dan perkongsian pengalaman kepada mahasiswa-mahasiswa jurusan berkaitan berkenaan realiti industri minyak dan gas.

Maka, dengan pengalaman dan pendedahan tentang industri minyak dan gas, dia telah kongsikan 9 tip yang dicungkil oleh Vocket melalui temubual bersamanya.

Dia ialah Ikhwan Hafiz, seorang jurutera minyak dan gas di multi national company di Brunei.

Bekas graduan Universiti Multimedia (MMU) ini terlebih dahulu bekerja dengan kontraktor utama minyak dan gas Malaysia di luar pesisir pantai. Pada asasnya ia melibatkan projek pengubahsuaian brownfield topsides.

Apabila mengimbau kembali pengalaman kerjanya, Ikhwan Hafiz yang gemar berkongsi tentang industri minyak dan gas di Facebook ini pertama kali bekerja di syarikat geotechnic (civil berkenaan tanah dimana melibatkan proses pelupusan bahan radioaktif di Perak) selepas bergraduat pada tahun 2010. Namun pekerjaan itu tidak memberikan nilai tambah pada minat dan semangat kepadanya.

Maka, dia nekad memasuki industri minyak dan gas. Walaupun bergaji kecil berbanding pekerjaan sebelumnya, Ikhwan Hafiz puas hati kerana industri itu memberikan impak positif kepadanya apabila memulakan langkah di syarikat kontraktor utama di syarikat penapisan Shell yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ikhwan Hafiz mendedahkan 9 tip bagaimana mahu menyertai industri minyak dan gas walaupun tiada pengalaman kerja dan networking dengan orang industri tersebut.

1. Kuasai subjek berkaitan industri.

Pelajar perlu tahu dan faham kombinasi subjek teras dan subjek elektif yang sesuai jika mahu sertai industri minyak dan gas tetapi ia tidaklah wajib, cuma penting untuk mengetahui tentangnya.

 

Subject related to industry. For instance, for piping engineering fluid dynamic/mechanic adalah penting di dalam industri. Seterusnya, software yang berkenaan fluid dynamic/mechanic seperti stress analysis (caesar) perlu diambil tetapi bukan wajib.

Kerana sekurang-kurangnye segala teori yang di ajar di kelas dapat dipraktikkan serta memberi ‘kick start’ untuk menghubungkan segala ‘dot’ (connecting the dot).

Lanjutan daripada itu standard and code seperti industri gunakan perlu diambil tahu. Sebagai contoh ASME, ASTM, NACE, API kerana code and standard seperti ini ada di cover dalam subjek tetapi tidak begitu ditekankan.

Oil and gas is about code and standard. Kerana code and standard telah diseragamkan di seluruh dunia secara asasnya untuk ‘fit for construction’. Basically untuk safeguarding the assets, environment and personnel working within it.

2. Kekal kompetitif.

Cara yang diterangkan oleh Ikhwan Hafiz seterusnya ini sesuai dan relevan untuk kukuhkan cover letter dan resumes dengan menyertakan konten yang berkaitan dengan industri minyak dan gas. Malah, ia menunjukkan seseorang itu ada initiative dan minat untuk menyertai industri ini dengan bersungguh-sungguh.

Untuk remain competitive, sewaktu di universiti, pelajar digalakkanan menghadiri kursus competency. Seperti kemahiran menggunakan software yang berkaitan, menghadiri 5 hari class ASME B31.3 (ini adalah basic di dalam industri)

Selain CGPA yang tinggi, competency certificate sudah memadai. Kerana degree hanyalah tiket untuk membezakan seorang engineer dengan lain-lain blue collar and white collar working personnel.

Jika CGPA kurang dari 3.00, anda masih boleh bergelar engineer as long as ada degree tapi sudah pasti tidak dapat join supermajor. Supermajor memerlukan fast learner and less monitoring since mereka tiada masa untuk dibazirkan dengan mengajar orang baru.

Oil and gas is very demanding industry. Lambat korek minyak/gas nanti negara lain pula extract dulu. You never know how many well down below the seabed interconnecting with another well.

Rule of thumb: Supermajor prefer highly experience to be hired because less time and training to invest for them.

3. Tahu ‘pintu masuk’ industri minyak dan gas.

Ketahuilah ‘subcon’ membuka lebih banyak pintu kepada mereka yang belum ada pengalaman kerja berbanding ‘supermajor’ yang lebih menekankan pengalaman kerja.

Maka, ia sesuai dianggap sebagai pintu masuk entry-level ke dalam industri minyak dan gas. Tetapi kurang diketahui oleh bakal-bakal graduan dan fresh graduate.

‘Subcon’ itu lebih kepada sebagai service company untuk ‘supermajor’.

Jalan yang agak sukar di dalam career ladder oil and gas ialah menyertai ‘subcon’. Subcon company banyak memberikan exposure kepada fresh graduate. Tetapi tidak ramai graduate yang tahu company subcon ini. Melalui jalan ini saya akan tekankan di posting in the future saya (di Facebook).

‘Subcon’ atau sub-kontraktor adalah lebih kepada sebagai service company to supplement oilfield industry. Tiada mereka di dalam cycle mungkin minyak dan gas tidak dapat dihasilkan.

4. Tahu posisi kerja di ‘subcon’.

Buat pengetahuan anda, industri minyak dan gas ini luas. Ia boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu upstream, midstream dan downstream. Jadi, adalah penting untuk tahu subcon ini prone to which sector agar anda tahu apakah nature kerja yang dimohon kelak.

Untuk upstream dan downstream ada syarikat subcon yg berkaitan setakat pengetahuan saya. Untuk midstream saya kurang pasti. Sepatutnya perkara sama juga untuk midstream (typically bahagian logistic seperti perkapalan).

Pelbagai jawatan ada di syarikat subcon (termasuk services company seperti Haliburton, SLB, Baker Hughes etc ya) cuma berbeza company sahaja. Apa yang ada di supermajor juga ada di subcon.

5. Mesti ada minat dan semangat waja.

Sebenarnya minat dan semangat lebih utama berbanding gaji yang diterima. Jika anda didorong oleh wang ringgit untuk bekerja di dalam industri ini, ia kurang membantu kerana gaji di ‘subcon’ lebih rendah berbanding di ‘supermajor’.

Passion, interest and eagerness yang paling utama untuk excellent dalam industri ini pada pendapat saya. Kebanyakkan graduate prefer gaji besar sebaik sahaja masuk dunia oil and gas tetapi mereka silap!

Gaji besar selalunya datang dari segment exploration. Exploration memerlukan komitmen yang sangat tinggi dan very demanding. Di segment development dan juga production, gaji tidak setaraf di exploration.

Baca: Lihat Bagaimana Carigali Minyak Dilakukan. Tak Hairan Kenapa Kosnya Begitu Mahal

Exploration, development and production adalah di offshore. Tetapi different segment.

Sebagai contoh, sebelum sesebuah pelantar minyak/gas didirikan, telaga minyak akan di imbas (scan/survey) oleh sebuah kapal. Setelah didapati ada potensi minyak/gas, then drilling rig people akan memulakan kerjanya dengan menggali minyak/gas. Jika minyak ditemui, BOP (blow out preventer, sejenis valve berfungsi sebagai plug) akan diletakkan.

Next stage is, supermajor akan decide pelantar jenis apa yang akan dibina (ini sudah termasuk dalam segment development). Apabila sudah diputuskan (semasa FEED, front end engineering design stage), then detail design akan dimulakan oleh company consultancy (seperti Technip, perunding Ranhill Worley, MMC dan RNZ).

Sebaik sahaja design sudah siap, then pelantar minyak akan dibina di daratan. Siap sahaja pelantar ini, syarikat installation seperti Sapura Kencana akan memasang di offshore. Apabila pelantar siap dipasang, then segment production akan bermula.

6. Sertai organisasi profesional industri minyak dan gas.

Ramai orang menasihatkan kita perlu membina networking. Jadi, saya terfikir apakah ada professional organizations that are good ways to meet oil and gas sector professionals? Saya tanyakan soalan ini kepada Ikhwan Hafiz.

 

Kita ada SPE, ASME, NACE, API, BEM, IEM, IMM dan banyak lagi untuk menjadi ahli. Dengan menghadiri exhibition seperti OTC, OGA yang diadakan setiap tahun juga memberi peluang kepada engineer untuk engage dengan industri. Banyak new technology dikongsikan di sana.

7. Buat yang terbaik semasa latihan industri.

Tak kenal, maka tak cinta. Latihan industri adalah satu peluang yang baik untuk mahasiswa mengenali lebih dalam tentang industri minyak dan gas. Manfaatkan peluang latihan industri yang akan membantu pelan kerjaya anda kelak. Jangan sia-siakan peluang tersebut.

 

Saya nasihatkan jika berminat menyertai oil and gas industry, better be selective with your internship. Maksud saya jika boleh, biarlah berkenaan dengan industri oil and gas dan minat.

Memang semasa latihan industri mereka tak bagi pelajar pegang or handle anything but at least you know what is all about this industry.

Pasal saya pernah went for internship without priotising my interest. Then I have to start to look after subcon company to penetrate into the industry. During that time saya hanya tahu ‘supermajor’. Same case with current undergraduate student!

Langkah-langkah yang patut dibuat oleh pelajar sebelum, semasa dan selepas latihan industri:

(i) Sebelum buat internship: better cari subject mana yang paling minat and drive you further. Then, dapatkan nasihat dari orang industri, melalui pembacaan majalah industri (seperti ‘Offshore’, ‘World Oil’, ‘Hydrocarbon Processing’ magazine). Tanya pakcik Google pun boleh.

(ii) Semasa: Get to know what is the industry needed from you and is it really conform to your interest?

(iii) Selepas: Go for competency certificate. Tak ramai engineer yang mempunyai competency certificate. Most of Malaysian engineer in Malaysia learn their trade through experience. Most of international and oversea environment require these sort of competency.

8. Banyakkan membaca.

Banyakkan membaca mengenai industri. Ianya tidak terhad kepada magazine, newspaper, brochure (hasil daripada menghadiri exhibition oil and gas) dan juga SOP (standard operating procedure sesebuah klien seperti Petronas yang menggunakan Petronas Technical Standard).

Melalui pembacaan career seseorang engineer dapat di speed up kan. Saya pernah jumpa orang industri yang hanya rely on experience tanpa pembacaan and understanding dia hanya terhad kepada pengalaman kerja sahaja.

9. Jangan putus asa.

Memandangkan baru-baru ini heboh tentang kisah pemberhentian ramai pekerja industri minyak dan gas, adakah tip-tip ini masih relevan dengan keadaan sekarang?

Baca: 20 Tip Jimat Minyak Kenderaan Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Saya nasihatkan don’t be discourage.

As of today, beberapa segment syarikat di oil and gas yang mengalami pemberhentian kerja. Contohnye yang terlibat secara langsung dengan ‘drilling’, related to new project (greenfield) such as subsea.

Segmen yang masih sustain sekarang adalah syarikat oil and gas yang mengedalikan ‘maintenance’ and other ‘greenfield’ yang sudah melepasi stage FID (final investment decision), contohnye RAPID.

Terima kasih Tuan Ikhwan Hafiz.

9 tip yang dikongsikan oleh Ikhwan Hafiz ini boleh membantu anda merancang pelan kerjaya di dalam industri minyak dan gas.

Bagi anda yang meminati industri minyak dan gas serta ada kemahuan untuk menceburi bidang ini, anda boleh mengikuti Ikhwan Hafiz di Facebook untuk lebih info mengenainya.

BACA: Kucing wajib pakai mikrocip berkuatkuasa Jun 2024, jika ingkar pemilik kucing akan didenda RM2900