Nak jadi kaya dan berjaya? Ikuti formula ini

Oleh DAHLIA MARZUKI

Macam mana nak jadi kaya dan berjaya? Mungkin dalam bulan mulia lagi berkat ini hajat anda untuk menjadi kaya di dunia dan akhirat akan dimakbulkan-Nya.

Ikuti formula BIG yang dikongsikan Ustaz Hakim Avengers ini:

Selalu orang tanya saya soalan ni. Jujurnya, ramai orang yang lebih layak dan sukses untuk jawab soalan ini.

Dan definisi kaya itu pun sebenarnya risau saya nak hujahkan kerana risau orang fikir nak berjaya tu wajib kaya.

Kaya ini sebenarnya satu anugerah Tuhan. Anugerah untuk kita buat lebih banyak kebaikan kepada orang lain.

Nak jadi kaya dan berjaya? Ikuti formula ini

Rasulullah jawab satu jawapan yang padu kepada para sahabat yang miskin setelah rahsia untuk beat orang kaya bersedekah melalui zikir terbocor.

Masa itu, sahabat miskin ni mengadu tak dapat nak sedekah macam orang kaya. Maka Rasulullah pun ajar mereka berzikir untuk samakan pahala macam orang kaya bersedekah.

Tapi, bila rahsia zikir tu bocor dah diamalkan pula sahabat yang kaya, sahabat yang miskin mengadu semula kepada rasul. Orang kaya ni sedekah banyak-banyak dan amalkan zikir itu pulak. Nak buat macam mana pulak sekarang?

Maka, jawab rasul “Zalika Fadhlu Minallah Yu’ti Man Yasya”, Itu adalah anugerah kelebihan dari Allah kepada mereka yang Allah kehendaki.

Ertinya , jadi kaya ni adalah anugerah Allah kepada mereka yang Allah pilih. Kalau tak jadi kaya pun tak apa sebenarnya, asalkan kita sentiasa dekat dengan Allah.

Syurga itu dipenuhi oleh orang miskin ertinya orang miskin yang sentiasa sabar dan bersyukur. Tidak mengeluh. Menahan diri dari meminta-minta. Sentiasa banyakkan amal soleh. Itu definisi miskin yang masuk syurga.

Kena faham betul-betul tu. Islam tak anjurkan kita jadi miskin, tapi kalau ditakdirkan hidup miskin, kena sentiasa syukur dan sabar. Itu maksudnya.

Islam adalah agama yang ajarkan manusia untuk jadi berjaya. Dalam azan, setiap masa dilaung untuk dapat kejayaan. Dan menjadi kaya juga adalah satu kemestian untuk umat.

Banyak sangat hadis dan dalil untuk umat Islam jadi kaya. Hujah paling mudah ialah zakat dan haji adalah dua rukun Islam yang hanya dapat dilakukan oleh mereka yang kaya atau berkemampuan.

Sebab itu, hari ini saya nak usahakan lebih ramai orang jadi kaya dan berjaya dalam hidup. Syaratnya, kaya yang tidak perlu struggle. Tidak perlu desperate. Kaya yang dekat dengan Tuhan.

Mindanya fokus kepada akhirat, kekayaan dunia itu datang bergolek saja di kaki. Bukan di hati.
Macam mana caranya tu?

Ada banyak cara. Tapi saya kongsikan 3 perkara penting. Formula BIG. Dah sedia? Jom kita sedut sama-sama ilmu mahal ni.

BUKU
Buku wajib dibaca. Facebook tak aci. Haha. Sebab apa kena baca buku untuk berjaya? Sebab bila baca buku, minda akan terbuka. Purata buku yang dibaca billionaire setiap bulan ialah 5 buah.

Maknanya, setahun mereka baca minima 60 buah buku. Mereka kekal membaca walau dah kaya-raya sebab nak bagi minda sentiasa terbuka. Nak cipta lebih banyak neuro pathway. Bila minda berbuka, peluang pun mudah dilihat. Idea pun dapat banyak.

Saya bagi contoh macamana billionaire muda dari Air BnB jadi kaya-raya hanya dengan membaca.

Begini, sebelum mula buat syarikat Air BnB , mereka mulakan kumpul modal 30,000 USD dengan idea luar biasa. Caranya ialah, mereka jual 1,000 cereal box semasa kempen pilihan raya Obama.

Dia jual satu cereal box yang biasa harga 3usd kepada 40usd setiap satu. Mahal, tapi ada orang beli. Fuuh.

Untuk penyokong Obama dia jual 500 set. Untuk lawannya dia jual 500 set. Jadi, penyokong kedua-dua pasukan ni pakat beli cereal box ni sebab simbolik calon mana yang akan menang.

Dengan teknik ini, dia berjaya jual 800 set cereal box dengan harga tak masuk akal. Dan orang membeli tu sebab emosi. Hahaha.

Macam mana dia boleh dapat idea tu? Sebab kedua-dua founder Air BnB (syarikat homestay terbesar dunia) ini adalah orang yang suka membaca. Dengan membaca, dia dapat banyak idea.

Samalah juga macam kisah Elon Musk, dia dapat idea cipta Pay Pal dan kemudian buat Space X dan kereta Tesla tu disebabkan dia ni orang yang kuat membaca.

Apa yang nak dibaca? Bacalah buku yang sedang anda ada masalah dalam hal itu. Kewangan, komunikasi , kepimpinan, perhubungan, agama, sejarah dan sebagainya. Minda anda akan bekerja untuk cari jawapan melalui buku yang anda baca tu.

Satu fakta menarik untuk anda. Buku yang anda baca 5 tahun lepas dengan yang anda baca semalam, walaupun buku yang sama, anda akan jumpa perkara yang berbeza.

Sebab apa? Sebab RAS (Rectacular Activation System) anda sudah berbeza. Anda akan dapat apa yang anda fokuskan.

2) Individu sekeliling anda

Ini hal yang sangat penting. Saya banyak sebut sebelum ni. Bab kawan. Sahabat. Ramai orang pelik kenapa balik dari Eropah saya asyik cerita bab ukhuwwah, sahabat dan circle.

Sebab ini faktor yang sangat penting untuk anda capai kejayaan dan kekayaan. Anda ditentukan dengan siapa anda berkawan.

Mesti setiap hari upgrade circle. Kalau anda orang paling bijak dalam circle anda, upgrade kepada circle yang anda paling bodoh dalam tu.

Dulu saya termasuk dalam satu circle ni. Rasa rendah diri betul. Macam nak gila rasanya apabila dalam circle tu. Sebab apa? Sebab circle itu setiap hari cerita benda bilion-bilion. Dahsyat betul. Paling koman harga puluh juta. Adeh.

Nak beli pulau la, pelabuhan la. Helikopter la. Jual beli aset semua ratus ratus atau ribu ekar. Tak jumpa langsung transaksi bawah sejuta dalam tu. Serius, rasa mereng duduk dalam tu mula-mula.

Tapi, saya gagahkan diri terus menerus kekal dalam circle tu. Apa jadi? Masya Allah, tanpa saya sedar, mindset saya pun develop. Saya dah berani impikan beli pulau. Beli resort. Beli hotel. Beli kapal terbang dan punyai lapangan terbang sendiri.

I break through the impossible. Dan tanpa saya sedar, saya dah pun memulakan langkah ke arah itu. Allahu, power sungguh kuasa circle ni.

Secara tak sedar, jumlah follower dan influincing saya pun meningkat. Masya Allah.

Sama juga dengan group lelaki soleh. Di situ ada Dr Taufiq Razif dan Afnan Rosli yang super powerful influencer dan punyai ratus ribu follower.

Jadi, macam mana nak upgrade circle tu? Boleh cari balik tulisan saya sebelum ni. Panjang saya kupas tu.

Antara tips mudahnya, jadilah orang yang macam mana circle itu perlukan, maka anda akan dapat circle tu. Nak faham lebih, cari posting saya yang berkaitan.

3) Goal

Ini pelengkap kepada BIG. G terakhir itu ialah goal. Nak kaya dan berjaya, anda mesti ada goal. Goal itu mesti sangat jelas dan besar. Nak tahu jelas atau tidak, mesti dapat lihat, dengar, rasa dan bau goal anda tu. Fuuuh.

Nak tahu besar ke tidak, anda cerita kepada 10 orang, 10 orang cakap goal anda tu gila. Selagi tak ada orang sebut goal anda tu gila, maka belum besar lagi goal anda tu. Hahaha.

Martin Luther King adalah orang berjaya yang terkenal dengan ucapannya I Have A Dream. Masa dia sampaikan ucapan dia tu, semua orang kata dia gila.

Mana boleh nak sekalikan orang kulit putih dan hitam. Naik bas pun kena berasingan ikut warna kulit masa tu. Dasyat betul zaman appertied tu.

Tapi dia berjaya pecahkan tembok tu. Hanya dengan punyai goal yang sangat jelas dan besar. Cuba dengar ucapan dia, sangat jelas goal dia. Sampai boleh bayang anak dia kulit hitam berpegang tangan dengan orang kulit putih.

Dan bila anda dah ada goal. Jangan putus asa selagi belum capai apa yang anda nak tu.

Jack Ma gagal berpuluh kali dalam hidupnya. Nak masuk kerja KFC pun kena reject. Dahsyat betul pengalaman hidup dia. Tapi dia tak pernah give up. Dia keep moving. Dan hari ini , dia adalah orang terkaya di China melalui syarikat Ali Babanya.

Anda pun boleh berjaya macam orang yang KAYA dan BERJAYA tu. Buat tindakan sekarang. Dream BIG and Go BIG.

Dapat sesuatu? Tekan butang SHARE laju laju supaya anda cepat cepat dapat jadi orang kaya dan berjaya. Amin.

Kalau dah habis baca, sebut “saya orang kaya dan berjaya dunia akhirat” dan bonus untuk anda yang baca sampai habis ni, saya sumpah anda jadi jutawan. Hehe. Amin.

Baca juga: Netizen jodohkan Cik Epal dengan Fattah Amin, respon tuan badan buat bekas suami meroyan