Bagi yang bergelar ‘rider’, sememangnya perkara yang sangat penting adalah helmet, sama ada dari segi keselamatan, mahupun gaya yang ingin ditonjolkan.
Jika diteliti sekarang, banyak juga helmet yang dijual pada harga yang tinggi, tapi ia datang dengan pelbagai ciri-ciri dan keselesaan yang maksima.
Satu kisah yang dapat dikaitkan dengan helmet adalah melalui perkongsian di laman Facebook baru-baru ini,
di mana seorang suami telah kantoi membeli helmet baharu tanpa pengetahuan isterinya.
Jika dilihat pada gaya helmet tersebut, harganya boleh mencecah ribuan ringgit.
Suami kantoi isteri ‘check’ harga helmet
Bila dah kantoi beli helmet baru senyap-senyap ni, mestilah si isteri nak tahu berapa harga yang sebenarnya.
Kalau harga mahal pun masih tetap beli, memang siap lah kena beleter. Namun, bila si suami beritahu harga yang sebenarnya, si isteri pula yang seakan tidak yakin dan percaya. Mana nak percaya, helmet sebegitu rupa dikatanya dibeli dengan harga tak sampai RM300.
Disebabkan perasaan ‘curiosity’ yang membuak-buak, si isteri sendiri semak harga helmet berkenaan dan ternyata ia memang berharga setakat RM280 sahaja. Memang terkejut besar la lepas ‘check’ sendiri harga helmet yang baru dibeli oleh suaminya itu. Helmet apa sebenarnya ni, selamat ke nak pakai?
Gracshaw ANIMALIA
Helmet yang dibeli oleh si suami tadi itu adalah salah satu daripada koleksi Gracshaw ANIMALIA. Sebelum itu, Gracshaw merupakan salah satu brand terkenal dalam dunia helmet yang menawarkan pelbagai ciri dan kualiti yang terkecuali daripada pesaingnya. Bagi edisi Gracshaw ANIMALIA, terdapat pelbagai ciri-ciri yang diperlukan oleh kebanyakan ‘rider’.
Keselesaan Di Dalam Dan Luar
Helmet Gracshaw edisi kali ini menawarkan keselesaan maksimum, tidak kiralah dari dalam mahupun dari luar. Mana tidaknya, helmet ni siap boleh tanggalkan span untuk dibasuh supaya tak adalah terperangkap dengan bau hapak ataupun busuk. Helmet ini juga ada lapisan yang lebih selesa untuk kegunaan harian. Yang penting, ia tidak menyakitkan bahagian kepala si pemakai.
Sesuai Untuk Kegunaan ‘Rider’ Asia
Bercakap mengenai saiz pula, helmet ini memang direka khas untuk nampak lebih kecil dan ia sangat sesuai untuk dipakai oleh orang Asia seperti kita.
Bukan itu sahaja, helmet edisi ini jenis ringan dan sangat mudah untuk dibawa dan digunakan bagi kegunaan harian. Boleh dikatakan, helmet ini ternyata mempunyai kualiti yang tersendiri tapi dengan harga yang berpatutan.
Dan apa yang paling penting adalah helmet ini mempunyai SIRIM yang membawa maksud ia selamat untuk digunakan dan telah melepasi ujian yang ditetapkan.
ANIMALIA, rekaan mengikut inspirasi haiwan simbolik di Malaysia.
Bagi helmet Gracshaw edisi ANIMALIA ini, ada 6 rekaan mengikut inspirasi dari haiwan simbolik di Malaysia dengan ciri-cirinya. Antaranya ialah SAIF, TAKAO, BARRY, AKHDAR, AURUM dan juga G8 Penyu.
Rekaan ini diinspirasikan oleh Musang Tenggalung, iaitu haiwan yang noktural bersama imej keris sakti membawa simbolik sedia berjuang. Tapi jaga-jaga, renungan matanya yang tajam sedang menunjukkan keberaniannya yang nyata.
TAKAO
Rekaan ini pula diinspira
sikan melalui ketua kolono yang sentiasa mempertahankan karya seni yang dihasilakn oleh mereka dalam apa jua keadaan.
Dengan simbolik kepada burung takau rimba, helmet ini direka khas untuk mencari sesuatu yang luar biasa.
BARRY
Kisah sang petinju BARRY yang sentiasa dahagakan kemenangan telah disematkan di dalam rekaan helmet ini.
Ia membawa kepada erti kesungguhan di dalam gelanggang bersama harapan yang membara. Beruang Matahari mempunyai rahang yang kuat dan cakaran yang amat tajam, jadi hati-hati bila berdepan dengan mereka.
AKHDAR
Untuk rekaan ini pula, ia membawa pengguna seakan-akan bersatu dengan alam apabila menyarungnya.
Rekaan ini membawa unsur tradisional dengan motif etnik Borneo yang menjadi tarikan utama kepada pengguna yang ingin tampil dengan identiti tersendiri. Tak dapat dinafikan, rekaan Cicak Naga Kinabalu ini antara yang paling menyerlah.
AURUM
Membawakan kisah detektif cyborg dari masa depan yang diinspirasikan daripada Harimau Malaya, helmet ini kelihatan gah dan garang dengan rekaan futuristik. Walaupun digambarkan dengan putih, ia tidak sesekali menidakkan sifat Harimau Malaya yang memburu mangsa secara ganas dan mendominasi ngauman yang kuat.
G8
Bagi yang sukakan pengembaraan dalam setiap destinasi, ini mungkin pilihan yang tepat buat korang.
Direka khas dengan visual kapal angkasa berinspirasikan Penyu Karah yang merentasi ruang dan masa bagi ekplorasi tanpa batasan.
Ia bagaikan sedang mengharungi gugusan jutaan bintang dan galaksi, G8 pasti memberi kepuasan dalam setiap pengembaraan.
Isteri nak juga sebab murah
Fuhh, panjang juga nak terangkan setiap satu rekaan helmet yang ada pada isteri untuk menyakinkan dirinya.
Tapi bila dia sendiri dah tahu harga helmet ini hanya RM280, mesti dia pulak yang suruh kita beli lagi satu untuk dia juga. Barulah boleh ride sama-sama dengan ciri keselamatan dan rekaan yang menarik.