‘Nak buat macam mana, terpaksa buat kerja kawin dalam air’

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Walaupun dalam keadaan banjir yang teruk, pasangan pengantin tetap berazam untuk meneruskan majlis perkahwinan mereka yang telah dirancang dengan teliti.

Keputusan ini menjadi lebih menarik apabila semua tetamu yang diundang masih bersemangat hadir untuk menyertai majlis tersebut,

walaupun mereka terpaksa mengharungi air yang setinggi paras paha.

‘Nak buat macam mana, terpaksa buat kerja kawin dalam air’

Melalui video yang tersebar melalui TikTok, keadaan banjir yang teruk tergambar jelas, dengan air yang menggenangi kawasan hingga setinggi satu meter. Namun, para tetamu nampaknya tidak terganggu dengan keadaan banjir tersebut.

‘Nak buat macam mana, terpaksa buat walimatulurus dalam air’

Mereka tetap menikmati hidangan yang disediakan dan bergambar bersama pengantin tanpa mengambil kira halangan banjir yang dihadapi.

Menurut keterangan dari rakan pengantin, devimaulidya_, pasangan tersebut memutuskan untuk meneruskan majlis perkahwinan mereka walaupun menyedari bahawa air sedang naik dengan pantas akibat hujan lebat.

Bahkan, mereka turut mengambil inisiatif untuk menyediakan perahu, membolehkan tetamu-tetamu dibawa ke kawasan pelamin bagi sesi bergambar dengan pengantin.

Keberanian dan keazaman pasangan pengantin ini mendapat pujian dan perhatian dari ramai pihak di media sosial.

Tindakan mereka untuk meneruskan majlis perkahwinan dalam keadaan banjir sekaligus menunjukkan semangat kebersamaan dan ketabahan yang tinggi dalam menghadapi dugaan.

Baca Juga : “Bermulalah episod aku didera mental oleh mak mertua, minggu pertama mak mertua persoal kenapa aku pakai kancil je”