Nak bela anjing pun dah tak boleh suka-suka sekarang, dah kena ambil lesen macam kenderaan

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menggalakkan semua pemilik anjing untuk mendapatkan lesen anjing mengikut keperluan Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing & Rumah Pembiakan Anjing (MPK) 2007.

Sehubungan itu, Program Melesenkan Anjing Peliharaan Secara In-Situ telah diadakan di Dewan Ambang Botanik 2, Bandar Botanik Klang pada Sabtu, bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

MBDK menjelaskan bahawa program ini merupakan salah satu inisiatif ‘outreach’ yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan kepada komuniti Klang yang memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan mereka.

“Pemilik anjing peliharaan bertanggungjawab untuk melesenkan anjing mereka mengikut kehendak Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing & Rumah Pembiakan Anjing (MPK) 2007,” kata pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan di laman Facebook mereka.

Tambah MBDK, program ini diharapkan dapat memupuk sikap tanggungjawab dalam kalangan pemilik anjing untuk menjaga kebajikan haiwan

Nak bela anjing pun dah tak boleh suka-suka sekarang, dah kena ambil lesen macam kenderaan

peliharaan mereka, selain membantu mengawal gangguan yang mungkin timbul daripada aktiviti pemeliharaan anjing.

Dengan bayaran RM10 bagi setiap ekor, sebanyak 95 ekor anjing berjaya dilesenkan, dan 32 daripadanya juga divaksinasi oleh Claws Veterinary Clinic, sebuah agensi swasta.

Orang ramai yang ingin membuat permohonan lesen anjing peliharaan boleh melayari laman web http://mylesen.mpklang.gov.my/login untuk urusan dalam talian.

Pada program tersebut, MBDK juga membuka kaunter semakan kompaun, termasuk kompaun untuk kesalahan seperti halangan lalu lintas, kompaun letak kereta, kompaun caj meter, dan kompaun halangan sementara.

Selain itu, Jabatan Kesihatan MBDK turut mengadakan pameran pencegahan demam denggi sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang awam yang hadir pada hari tersebut.

BACA: Ini 8 cara mujarab halau tikus dari rumah, tapi no.5 tu ramai malas buat