Najib takkan biar Muhyiddin jadi PM jika dia tahu akan dipenjara – Tun M

Najib takkan biar Muhyiddin jadi PM jika dia tahu akan dipenjara – Tun M

Pengerusi Bersatu yang dipertikaikan, Dr Mahathir Mohamad berkata bekas presiden Umno, Najib Razak mungkin menggunakan pengaruh untuk melepaskan diri dari kemungkinan hukuman penjara dalam kes rasuahnya.

Mahathir berkata demikian di tengah spekulasi yang mengatakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sedang bersiap untuk melakukan pilihan raya mengejut.

Dalam wawancara dengan South China Morning Post (SCMP), Mahathir berkata tidak mungkin Najib akan menyokong Muhyiddin untuk kekal sebagai perdana menteri jika dia tahu dia akan dipenjara.

Muhyiddin, yang merupakan presiden Bersatu, dilihat bergantung pada Umno dan PAS sekiranya partinya yang masih baru ingin bertahan dalam pilihan raya.

Namun, seteru Muhyiddin, yang telah disingkitkan dari Bersatu, mengingatkan bahawa Umno dan PAS mungkin akan meminggirkan Bersatu pada pilihan raya.

“Satu perkara yang pasti. Najib tidak akan bekerja keras untuk menjadikan Muhyiddin sebagai perdana menteri jika dia akan dipenjara.

“Dia tidak akan membiarkan Muhyiddin jadi perdana menteri, dan dia masuk penjara. Dia tidak mahu masuk penjara.

“Sekiranya dia mempunyai perdana menteri yang ‘jinak’ yang dia boleh pengaruhi, dia mungkin terlepas dari hukuman penjara,” kata Mahathir dalam wawancara itu.

BN di bawah teraju Najib menyaksikan kekalahan pertama gabungan itu sejak kemerdekaan negara pilihan raya umum 2018, dengan tuduhan rasuah terhadapnya dikaitkan sebagai antara sebagai punca kekalahan bersejarah itu.

Namun, kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya sempat memerintah 22 bulan selepas tumbang pada akhir Februari.

PH tumbang selepas Muhyiddin menarik Bersatu keluar dari gabungan itu dan membentuk gabungan baru – Perikatan Nasional – yang terdiri daripada Bersatu, bekas ahli parlimen PKR, BN, PAS, GPS, PBS dan STAR.

Bagaimanapun, Muhyiddin hanya mempunyai majoriti tipis dua kerusi di Dewan Rakyat.

Tiga bulan setelah pembentukan kerajaan, PN sedang mempertimbangkan pilihan raya dalam menghadapi serangan balas yang dirancang oleh Mahathir.

Mahathir, yang merupakan menjadi ketika pentadbiran PH menolak untuk memimpin PN, dan berikrar untuk menentang gabungan itu.

Mahathir berkata cita-cita Najib mungkin tidak terbatas sekadar terlepas hukuman penjara tetapi juga ingin kembali ke pentas politik, bahkan sebagai perdana menteri sekali lagi.

Mahathir memetik keputusan pihak pendakwaan untuk menggugurkan kes rasuah terhadap anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz, yang juga terkait dengan skandal rasuah besar-besaran 1MDB, dan bekas ketua menteri Sabah Musa Aman.

“Mereka akan beri segala macam alasan … Dalam kes Najib, (mereka akan mengatakan) dia adalah mangsa penipuan (oleh) Jho Low.

“(Mereka akan mengatakan) itu salah Jho Low, bukan Najib, jadi kita dapati dia tidak bersalah. Apabila dia tidak bersalah, dia akan layak bertanding, dan bahkan menjadi perdana menteri.

“Pada tahap itu, saya rasa dia (Najib) tidak akan mendukung Muhyiddin sebagai perdana menteri,” tambah Mahathir dalam wawancara dengan SCMP.

Jho Low adalah rakan sekutu Najib, dan berdasarkan siasatan antarabangsa dan proses pengadilan, ahli perniagaan itu berperanan dalam mengatur perjanjian bernilai berbilion dolar yang melibatkan 1MDB yang kemudiannya disalahgunakan.

Jho Low kini sedang melarikan diri, sementara Najib sedang berdepan kes mahkamah berhubung dana 1MDB bernilai berbilion ringgit.

Mahathir, dalam wawancara itu juga berkata beliau tidak yakin bahawa semua orang akan marah dengan kemunculan semula Najib.

“Selepas beberapa ketika orang lupa tentang kejahatannya dan semua itu, bahkan mengenai perbicaraan kes mahkamahnya, kerana mereka merasakan bahawa orang ini memperjuangkan orang Melayu Islam jadi orang Melayu mesti menyokongnya.

“Dia telah sampai ke tahap mana dia dapat mengatakan, ‘ya, saya mencuri wang tetapi saya adalah bos anda, jadi tidak apa-apa’ … kerana dia adalah perdana menteri Muslim Melayu walaupun dia telah mencuri wang,” kata Mahathir.

Mahathir tidak menolak berdepan pilihan raya mengejut, tetapi lebih suka sokongan Muhyiddin diuji di Dewan Rakyat terlebih dahuku.

Mahathir juga mengakui bahawa dia perlu bekerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim selain bergantung pada anggota parlimen di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan sokongan.

Berita penuh:

https://www.malaysiakini.com/news/530053

COMMENTS