Najib guna syarikat Israel, adakah maklumat negara telah dijual pada Yahudi?

Najib guna syarikat Israel, adakah maklumat negara telah dijual pada Yahudi?

Jalinan akrab sulit Israel dan Kerajaan Malaysia, yang sekarang dikenali sebagai Kerajaan Melayu- Islam oleh UMNO PAS, makin jelas terdedah.

Dokumen Mahkamah terkini melibatkan kes syarikat Israel – Senpai Technologies Limited, sebuah syarikat cybersecurity Yahudi dari Israel, mengesahkan hubungan tersebut.

Kes di mahkamah Israel berjalan di sebabkan masalah dalaman syarikat Senpai Technologies tersebut di mana rahsia dalaman syarikat terbongkar.

Sebelum PRU 14, Kerajaan Malaysia di bawah Dato Najib telah membeli sistem dari Syarikat Senpai tersebut dengan harga USD 1.5 juta ( Rm 6 juta) bagi tujuan intipan ke atas rakyat menjelang pilihanraya. Ini dinyatakan dalam perbicaraan mahkamah melibatkan syarikat Senpai.

Sistem intipan tersebut telah di gunakan ke atas rakyat Malaysia dengan bantuan syarikat dan kakitangan Israel. Kerana Israel dan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik kebiasaannya ia memerlukan kelulusan Kerajaan Zionist Israel. Oleh itu dipercayai kedua dua kerajaan Israel dan Malaysia terlibat dalam hal ini.

Dalam dokumen emel di mahkamah pengarah jualan Senpai, Roy Shloman ada menyebut tentang lawatan ke Malaysia untuk mengemaskini sistem.

Mengikut dokumen mahkamah Syarikat Senpai ini juga membekal khidmat serta peralatan kepada negara Singapura yang UMNO dan PAS sudah lama sering menuduh menjadi ajen Zionist Yahudi-Israel di Asia untuk menjatuhkan kerajaan Islam Malaysia. Itulah ironisnya

Dengan kemasukan syarikat intipan kerahsiaan Senpai dari Israel ini terus kedalam negara atas jemputan kerajaan UMNO Malaysia, sistem negara Yahudi tersebut dapat laluan terus kedalam sistem intipan Negara. Kemungkinan besar data maklumat penting kita jatuh ke tangan Israel sekarang

Kami telah membantah dengan keras kebenaran masuk beberapa orang bekas pegawai Israel selama seminggu kononnya untuk menghadiri seminar di Kuala Lumpur sebelum PRU 14. Kerajaan Najib menggunakan alasan seminar tersebut penting. Tidak pernah kerajaan membenarkan kemasukan secara rasmi rakyat Israel untuk mesyuarat.

Adakah ini ada kaitan dengan usaha syarikat perisikan Senpai Israel keatas rakyat Malaysia?

Sebelum pada ini juga Dato Najib menggunakan syarikat Public Relation (PR) Yahudi di mana pengarah dan kakitangannya bermaustautin di Malaysia.

Soalan utama di sini kenapakah kerajaan PN Melayu Islam yang di terajui UMNO PAS merahsiakan dan merestui intipan sulit ke atas rakyat Malaysia dengan bantuan dan peralatan syarikat Israel ?

PAS sudah sedia tahu sebelum PRU 14 lagi kegunaan syarikat PR Yahudi olih Najib tetapi tetap menyokong dan berkerjasama dengan UMNO-BN.

PAS juga mengetahui kemasukan secara rasmi pegawai Israel begitu lama untuk menghadiri ‘seminar” kerana AMANAH telah menimbulkan isu ini di Parlimen tetapi PAS terus membisu.

PAS dan UMNO berkobar kobar membantah penindasan Palestin di kampung dan di himpunan awam tetapi dalam masa yang sama merestui kerjasama dengan pihak Israel secara sulit.

PAS terutamanya perlu membuat pendirian jelas kepada rakyat dan penyokong PAS apakah pendirian mereka yang kelihatan tindakan hipokrit. Lain pendirian di kampung dan lain pula didalam kerajaan yang kononnya kerajaan Melayu Islam.

Dahulu PAS nafi bersama berkerjasama dengan UMNO, tetapi hari ini jelas dan nyata mereka bersama.

Dahulu mengecam dan boikot barangan Israel-Amerika, hari ini bersekongkol serta restu dalam sulit tanpa bantahan dengan Israel.

Apakah wajah PAS sebenar hari ini? Orang kampung dan desa ingin lihat mirip apa wajah PAS di sebalik tabir sebenarnya hari ini?

Adakah untuk mengejar kuasa dan kedudukan dengan UMNO pemimpin PAS sanggup mengadai prinsip serta roh perjuangan membela umat Islam yang di tindas Israel?

Saya sangat bersimpati dan kasihan penyokong PAS yang setia kepada pemimpin yang tidak berterus terang kepada mereka. Di mana sebenarnya duduk kerajaan Melayu Islam oleh UMNO dan PAS?

Dahulu kata menentang UMNO habis habisan, hari ini PAS bersama UMNO. Dahulu melaknat Israel dan Zionist, hari ini diam membisu merestui kemasukan rakyat Israel ke Malaysia dan kerjasama dengan syarikat risikan rahsia Israel mengintip rakyat Malaysia sendiri.

Penyokong PAS perlu tanya pemimpin PAS tentang hukum terhadap Ulama bisu.

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Timbalan Pengerusi Biro Antarabangsa
Parti Amanah Negara (AMANAH)

Sumber:

COMMENTS