Najib dipecat sebagai Penaung Kelab Taman Perdana Diraja

Najib dipecat sebagai Penaung Kelab Taman Perdana Diraja

Najib dipecat sebagai Penaung Kelab Taman Perdana Diraja. Kelab Taman Perdana Diraja Kuala Lumpur telah membatalkan status Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penaung kelab itu berkuat kuasa serta-merta.

Presidennya, Manjeet Singh Dhillon berkata, keputusan itu dibuat susulan sabitan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu.

“Jawatankuasa kelab dalam mesyuaratnya pada 25 Ogos 2022 telah membuat keputusan untuk membatalkan penaungan kelab yang diberikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 Jun 2011 berkuat kuasa serta-merta, susulan sabitan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022,” katanya dalam satu surat yang tular di media sosial.

Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Ahli Parlimen Pekan itu kerana didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Najib tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Najib dipecat sebagai Penaung Kelab Taman Perdana Diraja

BACA:

Kerajaan umum cuti peristiwa

Akhirnya pengemis ‘patah tengkuk’ Shah Alam ditahan, ‘4 jam kutip RM2k!’

MB kata kekosongan jawatan di Johor melebihi pencari kerja

CATEGORIES