“Naik Genting sambil tekan minyak berdiri”, individu kongsi tips baiki gearbox jimat poket

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Jika gearbox kereta anda terasa lembap, mengalami “delay”, atau seperti sedang “termenung”, cuba “berubat” secara percuma dengan mendaki Genting.

Gearbox kereta seperti Mercedes C124 Coupe tahun 1990 saya dilengkapi dengan sistem “intelligent fuzzy logic” di mana ia perlu “dilatih” dari semasa ke semasa.

Jadi, bawa kereta anda naik Genting dengan penuh keberanian, dengan menukar gear 1-2-3 secara kerap,

Tekan minyak secara berdiri, dan ulangi sehingga sampai ke puncak kejayaan!

Gearbox yang selama ini “tidur” akan kembali hidup semula dan menjadi lebih responsif, lancar, dan laju.

"Naik Genting sambil tekan minyak berdiri", individu kongsi tips baiki gearbox jimat poket

Saya telah mencuba dan ia memang berkesan.

Teknik “naik Genting sambil menekan minyak berdiri” ini boleh digunakan oleh semua jenis kereta tanpa mengira usia dan jenama.

Nah, saksikan video “tekan minyak berdiri” di sini:

BACA: Dah ada PADU tiba-tiba BUDI pula muncul? Ini apa yang anda perlu ambil tahu