Naib Presiden Amanah hulur sumbangan, santuni insan cacat penglihatan

Naib Presiden Amanah hulur sumbangan, santuni insan cacat penglihatan

Di saat-saat begini, semua rakyat Malaysia berpeluang berbual dan mengadu kepada Tuhan, tentang apa yang mereka alami dan rasakan.

Si miskin & si kaya, si sakit & si sihat, si muda & si tua, si murid & si guru, si rakyat & si penguasa, si lelaki & si wanita, si penjual & si pembeli atau si pemberi & si penerima, semuanya ada sahaja modal untuk diperbualkan dengan Tuhan mereka.

Samada mereka malas atau leka, percaya atau tidak percaya, biasa atau tidak biasa berbual dengan Tuhan, itu pilihan masing-masing.

Masyarakat Melayu Islam selalu diingatkan untuk itu, tetapi mereka jugalah yang paling kerap alpa.

Penglibatan saya dalam politik sejak meletakkan jawatan sebagai pensyarah UTM Skudai dan merasakan kalah 3x dalam PRU, membuat saya kerap mengadu kepadaNya.

Perit kalah dan manis mengadu, masih segar dalam ingatan.

Sejak menang sebagai Ahli Parlimen Hulu Langat pula; semakin banyak peluang saya berbual denganNya.

Malah ketika tertipu dalam peralihan kuasa negara hari ini; lagi banyak masa untuk saya mengadu kepadaNya.

Saya tidak boleh menipu atau mumutarbelitkan fakta ketika berbual denganNya Azza Wajalla.

Semasa menjalankan tugas-tugas anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pula; banyak rahsia penyelewengan dan bagaimana seseorang Menteri dan Penjawat Awam memutarbelitkan Prosedur Kewangan, sehingga ia kelihatan HALAL.

Ini semua membuat saya semakin kuat untuk kekal terlibat dalam dunia politik, demi untuk melaksanakan ISLAH & REFORM serta AMAR MAARUF & NAHI MUNGKAR dalam negara.

Semua ini membuat saya masih belum berpuas hati, malah merindui Tuhan Yang Maha Berkuasa itu.

Kini saya menghabiskan sebahagian masa saya dengan menemui insan-insan yang merasakan keperitan hidup, kesusahan dan sedang diuji dalam suasana PKP di bulan Ramadhan.

Semalam saya merasakan sangat indah menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen dengan melayan seorang insan cacat penglihatan.

Barangkali di sisi mereka ada malaikat yang melaporkan kepada Tuhan sesiapa yang datang mengambil tahu hal mereka.

Dengan mematuhi SOP PKP, saya bertanya khabar dan menghulurkan apa yang patut saya hulurkan.

Indahnya berbual dengan Tuhan, bagaimana si buta menjalani kehidupan.

Semoga OKU penglihatan sentiasa dimuliakan Tuhan.

HASANUDDIN MOHD YUNUS
Ahli Parlimen
P101 Hulu Langat

Naib Presiden
Parti AMANAH Negara

Sumber:

COMMENTS