Nabil Ahmad tiba-tiba cium pipi Tok Ram cetus perhatian ramai, rupanya ini sebenarnya yang jadi

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Sudah bertahun-tahun bekerjasama dalam rancangan realiti nyanyian popular, Gegar Vaganza sebagai pengacara dan juri tetap,

hubungan rapat Nabil Ahmad serta Dato’ Ramli MS yang mesra digelar Tok Ram sememangnya telah diketahui ramai.

Bahkan sebelum-sebelum ini, banyak adegan lucu ketika siaran live yang pernah terjadi antara 2 figura tersebut.

Nabil Ahmad tiba-tiba cium pipi Tok Ram cetus perhatian ramai, rupanya ini sebenarnya yang jadi

Janganlah kata hadiah aku Dato’ Ramli MS dalam ni

3 hari lalu juga, rancangan MeleTOP telah menjemput semua peserta Gegar Vaganza musim ke-10 untuk menghadiri acara temubual mereka.

Dalam segmen ‘Karaoke Berantai’, Naqiu Boboy yang menjadi penyanyi terakhir tiba-tiba sahaja mahu menukar lagu.

Rupanya mereka semua serentak menyanyikan lagu Hari Jadi khas untuk Nabil Ahmad. Kemudian, kru belakang tabir telah menolak satu kotak gergasi yang terlihat seperti peti sejuk.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh MeleTOP (@meletop)


I’m your birthday gifttttt – Tok Ram

Ternyata jangkaan Nabil sungguh tepat. Tok Ram melangkah keluar dari kotak sambil membawakan sebiji kek untuk pelawak berkenaan.

Terhibur dengan kejutan istimewa itu, artis berkenaan terus memberikan kucupan ke pipi Tok Ram dan mengucapkan terima kasih.

Tok Ram ni tengok macam brutal tapi dalam hati ada taman

Menyaksikan babak lawak itu, ramai netizen memberikan komen positif dan menyifatkan hubungan Nabil dan Tok Ram persis seperti anak dan bapa.

Malah mereka berseloroh hanya Nabil sahaja beranai bergurau sebegitu dengan pemuzik tersebut.

BACA: “Walaupun body macam anak dara, suami tak pernah pandang aku sampai lama tak disentuh, tapi satu hari aku terjumpa suami simpan benda yang mencurigakan aku”