‘Musuh-musuh kau tunggu di akhirat’ Pentaksub GISBH tinggalkan amaran sebelum larikan diri

Oleh DAHLIA MARZUKI

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menemui satu nota ‘amaran’ yang ditulis oleh pengikut GISBH

Di sebuah banglo mewah yang dipercayai disewa oleh GISBH di Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit, Kuala Nerus.

Nota tersebut berbunyi, “Musuh-musuh kau tunggu di akhirat kelak sana nanti yang kami hadapi di dunia.

Di sana lagi dahsyat berlipat kali ganda yang kau buat sekarang ini.

Ini zaman diorang mudah terpengaruh dengan media sosial.”

'Musuh-musuh kau tunggu di akhirat' Pentaksub GISBH tinggalkan amaran sebelum larikan diri

Nota yang dikongsikan itu seolah-olah memberi peringatan kepada pihak berkuasa sebelum mereka meninggalkan tempat tersebut.

Difahamkan, banglo mewah yang terletak di tepi pantai ini disyaki menjadi pusat latihan berkuda bagi pengikut GISBH sejak akhir Disember tahun lalu.

Terdapat 13 ekor kuda yang disediakan untuk latihan remaja, termasuk wanita, di pusat latihan berkuda itu. Namun, ketika serbuan dilakukan, kuda-kuda tersebut tidak ada di lokasi.

“Kita akan terus melakukan pemantauan di banglo mewah yang dijadikan pusat latihan berkuda oleh pengikut GISBH.

“Hasil pemantauan berterusan mendapati tiada rumah amal dilaksanakan oleh GISBH di negeri ini,” kata Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Aizi Saidi Abdul Aziz.

BACA: Semboyan ‘koyak’ dikaitkan dengan GISBH, Yusuf Azmin seru Caprice keluar ‘gua’