Muslimat Pas gesa kerajaan haramkan Sister in Islam

Muslimat Pas gesa kerajaan haramkan Sister in Islam

Sisters In Islam atau SIS adalah sebuah pertubuhan NGO (Non-Goverment Organisation) yang kononnya menjadi kumpulan sokongan (silupport group) bagi membela wanita-wanita teraniaya khususnya wanita Muslim. SIS yang diterajui oleh Marina Mahathir hakikatnya merupakan sebuah pertubuhan yang menggunakan nama Islam bagi membenarkan mereka mendoktrin masyarakat khususnya wanita muslim yang teraniaya dengan agenda sesat liberalisme dan pluralisme yang dibawa mereka berdasarkan konsep hak dan kesamarataan, dengan mengkritik dasar-dasar Islam yang didakwa mendiskriminasi dan menekan wanita muslim.

Hal ini dilihat sungguh jelek bahkan pertubuhan ini sama sekali tidak relevan untuk terus berada di Malaysia kerana mereka secara terbuka terus menyebarkan agenda pemikiran liberalisme dan pluralisme yang menyeleweng daripada ajaran dan aqidah Islam. Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menfatwakan bahawa pertubuhan SIS ini adalah sesat dan menyeleweng kerana berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme. Oleh itu wanita Muslim khususnya dan masyarakat muslim seharusnya dengan tegas menolak SIS sebagai kumpulan sokongan yang membela hak wanita muslim yang teraniaya supaya tidak terpengaruh dengan pemikiran liberalisme dan pluralisme yang dibawa mereka ini.

Baca : http://www.muftiselangor.gov.my/…/362-fatwa-pemikiran-liber…

Baru-baru ini SIS telah membuat sebuah kenyataan dangkal dan fitnah kepada Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga sekaligus membuat fitnah kepada kerajaan. Malaysiakini mendedahkan kenyataan SIS yang mengatakan bahawa video berdurasi lima minit yang disampaikan oleh Timbalan Menteri itu meminta agar wanita menerima keganasan suami sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) ini. Sedangkan kandungan video tersebut tidak langsung menggalakkan keganasan rumah tangga, ia hanylah mesej yang mengandungi nilai Islam yang sewajarnya diterima oleh semua pihak terutama penganut beragama Islam. Timbalan menteri kementerian wanita tersebut turut mempromosi talian Nur sebagai helpline yang bertindak membela nasib wanita khusisnya wanita muslim yang menghadapi krisis keganasan rumah tangga. Namun, mesej Islam tersebut dianggap lekeh dan bersifat diskriminasi oleh SIS ini.

Tonton : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2875282099205935&id=221434224590749

Baca : https://m.malaysiakini.com/news/520049

Justeru, Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka menyarankan kepada Kerajaan agar pertubuhan Sisters in Islam ini diharamkan daripada terus bergiat menyebar fahaman sesat dan songsang. Sudah sampai masanya SIS diharamkan di Malaysia sebelum fahaman songsang mereka ini tersebar luas dan diterima di negara kita yang tercinta ini, seterusnya menyesatkan masyarakat muslim.

DMPNM turut mencadangkan agar Kementerian Wanita sendiri atau sebuah NGO dibawahnya yang bersih dari pemikiran liberalisme dan pluralisme untuk turun padang membela nasib dan membantu wanita khususnya wanita muslim yang teraniaya akibat keganasan rumah tangga dan wanita-wanita yang dinafikan hak mereka. Turunlah padang, bantu serta bela nasib wanita-wanita teraniaya ini sehabis baik.

Akhir sekali DMPNM menyeru kepada saudari kami Sisters In Islam, wahai wanita-wanita yang beriman! bertaqwalah, iaitu kembali semula kepada ajaran aqidah Islam yang sebenar. Lihatlah semula sejarah, Islam adalah agama pertama yang membela dan menjaga kemaslahatan wanita ketika dunia belum disinari agama Islam.

Allah Swt berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 19 ;

إِنَّ ٱلدِّینَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَـٰمُۗ وَمَا ٱخۡتَلَفَ ٱلَّذِینَ أُوتُوا۟ ٱلۡكِتَـٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَاۤءَهُمُ ٱلۡعِلۡمُ بَغۡیَۢا بَیۡنَهُمۡۗ وَمَن یَكۡفُرۡ بِـَٔایَـٰتِ ٱللَّهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ سَرِیعُ ٱلۡحِسَابِ

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

SENARAI KESESATAN SIS ADALAH SEPERTI BERIKUT

Sisters in Islam anjurkan Pesta Ronggeng (15 Februari 2020)

Baca : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1102099406793851&id=630358917301238

Sisters in Islam menyokong perhimpunan LGBT (14 Mac 2019)

Baca: https://www.bharian.com.my/…/himpunan-lgbt-3-dipanggil-beri…

Sisters menggesa amalan bersunat diharamkan (26 Januari 2019)

Baca:https://www.ismaweb.net/…/sisters-in-islam-gesa-amalan-ber…/

Sisters menyatakan al-Quran tidak pernah mewajibkan pemakaian tudung dan ia hanya pilihan peribadi seseorang. (22 June 2015)

Baca: https://www.malaymail.com/…/quran-doesnt-specify-wom…/919835

Sisters menolak hukum Hudud (14 Oct 2015)

Tonton: https://www.youtube.com/watch?v=C07uS-0gyu8

Baca: Sisters in Islam tegas bantah hudud, dakwa tidak adil kepada wanita (5 Oct 2011)
http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.915.121

Sisters memperlekehkan Fatwa (4 Ogos 2018)

Baca:https://www.thestar.com.my/…/2013/08/04/the-essence-of-fatwa

Sisters mempertahankan peserta Ratu cantik dan menyifatkan Fatwa sebagai tidak demokratik (23 July 2013)

Baca: http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.1188.10

Sumber :