Ada yang kurang selesa dengan nasi kandar yang disajikan dengan terlalu banyak kuah hingga menenggelamkan nasi, menjadikannya kurang menarik untuk dinikmati.
Di media sosial, tular sebuah hantaran menunjukkan seorang pekerja kedai nasi kandar menceduk 15 senduk kuah
Dari tujuh jenis kari ke atas sepinggan nasi putih. Hasilnya, nasi tersebut hampir tenggelam sepenuhnya, menyerupai banjir lumpur.
Situasi ini mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen.
Ramai yang meluahkan rasa geli dan berpendapat bahawa nasi kandar lebih enak jika disajikan dengan kuantiti kuah yang seimbang.
“Tahulah sekarang musim banjir, tapi takkan makan pun nak banjir lumpur. Macam mana agaknya rasa tu,” komen Bu Sriwati Hashim.
“Aku suka nasi kandar, tapi bukan yang macam ni. Dah macam rupa berak cair,” tulis Arfisyam Abd Hadi.
“Mengarut je. Aku orang Penang pun tak makan macam ni,” tambah Wan Muqarrabin Wan Ain,
membuktikan bahawa hidangan sebegitu bukanlah kebiasaan, walaupun di negeri asalnya.