Logo bulan lebih dikenali, PAS mungkin guna logo sendiri PRU15

Oleh INFORAKYAT

PAS memberi bayangan parti itu akan menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” kata Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin.

Katanya, imej bulan yang terdapat pada logo parti itu dilambangkan sebagai bersih dan pihaknya yakin ia mampu memberi kelebihan kemenangan kepada calon parti berkenaan kelak.

“Penggunaan logo itu dijangka memberi kelebihan kepada calon kita untuk menang kerana logo bulan ini sudah dikenali sejak 70 tahun lalu.

“Ia berbeza dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka sebelum ini, iaitu apabila kita guna lambang Perikatan Nasional (PN) pengundi jadi keliru kerana ingat ia adalah Barisan Nasional (BN). Kita serahkan kepada Majlis Presiden PN untuk tentukan penggunaan logo ini nanti,” katanya di sini, hari ini..

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata idea penggunaan logo bulan bagi PAS ketika bertanding pada PRU-15 dilihat sebagai pendapat peribadi Mursyidul Am PAS itu saja kerana ia belum lagi diputuskan secara rasmi dalam Mesyuarat Majlis Presiden PN.

Mursyidul Am Pas sahkan akan guna logo sendiri PRU-15 nanti

“Bagi saya itu adalah pandangan masing-masing (Datuk Hashim Jasin) dan belum sampai ke tahap keputusan parti lagi.

“Malah, kita dalam PN pun belum memuktamadkan lagi logo yang akan digunakan serta kerusi yang akan ditandingi ketika PRU-15 nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pengerusi BERSATU Perlis, Abu Bakar Hamzah, pula yakin logo PN yang mewakili BERSATU dan PAS akan terus digunakan pada PRU akan datang.

“Mungkin itu hanyalah cadangan daripada beliau (Datuk Hashim Jasin), tetapi setakat ini di peringkat PN, tiada satu ketetapan rasmi untuk menggunakan logo atau bendera mana-mana parti sebaliknya kita terus kekal guna logo PN,” katanya.

BACA:

Buat bising dalam surau, pakcik tolak budak sampai jatuh tergolek buat netizen bengang

Lelaki dedah perangai sebenar B40 menyewa di apartment, ada yang sampai bela ayam

Penyakit misteri Ustaz Kazim akhirnya pulih