Seorang pelajar lelaki berusia 12 tahun sanggup mengutip dan memakan sisa makanan rakan-rakannya untuk mengalas perut semasa di sekolah.
Li Shibo, seorang pelajar sekolah rendah dari kawasan luar bandar di wilayah Henan, China,
kemudian menyerahkan bekalan makanan tengah hari percuma miliknya kepada ibunya yang menunggu di luar pagar sekolah.
Momen menyentuh hati itu dirakam oleh guru Li Shibo sendiri, yang kebetulan sedang mencari pelajar tersebut.
Guru yang bernama Wang itu kemudian berkongsi video berkenaan di platform Douyin,
yang berjaya meraih perhatian ramai netizen yang turut terharu melihat kasih sayang Li Shibo kepada ibunya.
Menurut laporan South China Morning Post, ibu Li Shibo mengalami masalah mental dan sering berada di sekitar kawasan sekolahnya.
Difahamkan, pelajar tersebut tinggal bersama ibu, seorang kakak yang juga mengalami masalah mental, dan neneknya yang sudah uzur.
Bapanya pula meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.
Keluarga pelajar tersebut juga menerima elaun sara hidup dan makanan percuma daripada kerajaan, selain bantuan daripada bapa saudara yang prihatin.
BACA: Ramai ingat lagu Alasanmu nyanyian Exist tentang putus cinta, rupanya sebab ‘resign’