Murah je..hanya guna sabun cap ini dah boleh hilangkan ‘watermark’ di cermin kereta

Oleh INFORAKYAT

Murah je..hanya guna sabun cap ini dah boleh hilangkan ‘watermark’ di cermin kereta.
Percaya atau tidak, kita tidak perlu belanja mahal hanya RM3 sudah cukup untuk hilangkan ‘watermark’ di cermin kereta akibat membiarkan titisan air hujan atau embun membasahi cermin.

Cermin kereta akan mampak bertompok-tompok dan kelihatan kotor. Watermark ini memang sukar dihilangkan apa lagi kalau dibiarkan lebih lama tanpa dicuci.

Nak hilangkan watermark ini perlu cucian khas dan lebih mahal harga jika dilakukan di pusat cucian kereta.

Tapi jika nak jimat boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh pemilik akaun TikTok Bezza_jerw.

Beliau berkongsi cara mudah menghilangkan watermark pada cermin kereta ini dengan hanya menggunakan pes pencuci pinggan. Video TikTok beliau ini mendapat lebih 4 juta tontonan.

Murah je..hanya guna sabun cap ini dah boleh hilangkan 'watermark' di cermin kereta

1.Ambil pes pencuci pinggan (sebaiknya jenama Labour kerana teksturnya lebih halus).

2.Basahkan cermin kereta kemudian ambil span dan calit pencuci pinggan tadi.

3.Gosok pada cermin kereta yang mempunyai watermark tapi pastikan secara membulat supaya lebih berkesan.

Tak perlu belanja mahal RM3 sudah cukup hilangkan ‘watermark’ di cermin kereta

Calit pes pencuci denga span dan gosok di cermin kereta secara membulat

4.Selepas itu sembur cermin kereta dengan air, bilas sabun sehingga bersih.

5.Lepas bilas anda akan dapat kesan watermark dah hilang! Kemudian lap cermin kereta hingga kering.

BACA:

Wajah bakal menantu Che Ta terdedah, “manis sangat ni..”

YDP Agong dalam keadaan gering – Istana Negara