Berita mengenai keadaan terkini Suhaimi Saad, bekas ahli kumpulan nasyid In-Team,
Beliau yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), telah menarik perhatian ramai sejak semalam.
Suhaimi, atau nama sebenarnya Mohd Suhaimi Saad, sebelum ini memuat naik satu hantaran di TikTok peribadinya pada 5 November lalu.
Penyanyi berusia 43 tahun itu memohon maaf dan mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya.
“Saya minta maaf zahir dan batin dari korang semua. Terima kasih atas perkenalan dan segala kebaikan korang.
Assalamualaikum,” tulis SS (Suhaimi Saad).
Apabila dijenguk ke ruangan komen, warganet rata-rata mendoakan agar Suhaimi diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik seperti sebelum ini.
Selain itu, pengikutnya juga merindui sesi siaran langsung penyanyi lagu Nur Kasih tersebut di media sosial.
Sebelum ini, diketahui bahawa Suhaimi mengalami susut berat badan akibat muntah setiap kali makan, dan beliau telah mengalami keadaan kurang sihat selama beberapa bulan. Suhaimi kemudian dibawa ke Johor Bahru untuk menerima rawatan.
BACA: Suami gila cerai isteri masih bergetah demi janda anak lima, rupanya nak makan duit pencen