‘Mungkin telur masin pakai garam bukit, itiknya import dari Rusia’, Kecoh telur masin separuh harga RM3, baik ambil ayam seketul!
perkara baharu apabila harga makanan yang disifatkan ‘kurang masuk akal’ ditularkan di media sosial.
Baru-baru ini viral kisah seorang individu yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendapati salah satu item dalam nasi campur yang diambil harganya dianggap tidak munasabah.
Bayangkan, dua jenis lauk bersama nasi putih sahaja sudah berharga RM11.00.
“Bertabahlah di hari Jumaat yang mulia ini,” demikian tulis individu berkenaan dalam satu status yang dimuat naik menerusi WhatsApp Story.
Menerusi gambar resit yang dimuat naik di dalam perkongsian itu, individu tersebut mengambil sepinggan nasi putih bersama separuh telur masin dan seekor ikan sambal.
restoran
Orang ramai dinasihatkan bertanya harga makanan terlebih dahulu sebelum mengambilnya. -Gambar sekadar hiasan
Pada resit tersebut dipaparkan nasi yang berharga RM2, telur masin separuh RM3 dan seekor ikan masak sambal dijual pada harga RM6 dengan jumlah keseluruhan RM11.
Apa yang membuatkan individu tersebut tidak berpuas hati apabila dia menganggap harga bagi separuh telur masin iaitu RM3 adalah amat tidak munasabah.
Berdasarkan maklumat yang tertera pada resit juga, difahamkan insiden tersebut berlaku di kafe sebuah hospital di ibu negara.
Bagaimanapun, individu berkenaan tidak mengulas lanjut mengenai apa yang berlaku selepas itu, sama ada dia membuat aduan atau sebaliknya.
Perdebatan mengenai harga makanan individu berkenaan menjadi hangat selepas dimuat naik oleh satu akaun Twitter.
Telur masin dia mungkin pakai garam bukit, lepas tu itiknya import dari Rusia.
NETIZEN
“Kepala b**a dia telur masin separuh RM3. Separuh ye bukan sebiji!
“Jangan normalisasikan harga makanan macam ni. ‘Sekarang semua barang mahal’. Padahal awak guna pun benda bersubsidi,” demikian kapsyen yang ditulis admin akaun tersebut.
Menjengah ruangan komen pula, warga maya memberikan reaksi yang pelbagai namun rata-ratanya berpendapat harga RM3 bagi separuh telur masin adalah tidak masuk akal.
“Wow sebiji RM6. Lebih Yahudi daripada Yahudi.
“Telur masin paling mahal pun dalam RM1.80 sebiji. Jual separuh dah balik modal berganda.
komen telur masin
Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.
“Telur masin dia mungkin pakai garam bukit, lepas tu itiknya import dari Rusia.
“Aku setuju juga kata mahal sebab kalau sebiji RM6. Sama macam seketul ayam juga harga tu. Jadi separuh RM3 agak mahal,” demikian antara komen netizen.
Namun ada dalam kalangan warga maya yang mencadangkan agar mana-mana individu supaya membiasakan diri bertanya harga makanan terlebih dahulu sebelum mengambilnya untuk mengelakkan insiden yang sama.
BACA:
2 tahun kedai pakcik di Jepun ini tutup setengah je, bila ditanya alasannya buat ramai terharu
Rupanya ini sebab rakyat Israel suka sangat melancong di Malaysia walaupun diharamkan masuk