Syarat bagi Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi) yang bermula semalam
Telah dilonggarkan serta-merta ekoran keluhan orang ramai yang tidak layak menyertai program tersebut.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, menyatakan bahawa salah satu syarat untuk program ini adalah
individu mesti memegang LMM kelas B1 atau B2 secara aktif selama sekurang-kurangnya 10 tahun berturut-turut.
“Syarat itu dilonggarkan serta-merta iaitu tempoh LLM hanya perlu aktif dan mencukupi 10 tahun ke atas
dan tidak perlu secara 10 tahun berturut-turut seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam sidang media hari ini.
Beliau menambah bahawa antara sebab yang dibangkitkan oleh orang ramai adalah munasabah, di mana lesen tidak dapat diperbaharui akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020.
Sepanjang tempoh PKP tersebut, kerajaan telah memberikan pengecualian terhadap keperluan memperbaharui lesen memandu bagi semua pemegang lesen.
Walau bagaimanapun, syarat lain tetap kekal dan tidak akan dikompromi, termasuk pemohon perlu bebas daripada sebarang senarai hitam dan tunggakan saman.
Loke berkata, kemas kini akan dilakukan agar lebih ramai pemohon dapat berjaya dan mendapat manfaat daripada program tersebut.
“Kita melakukan pertukaran (sistem) serta-merta untuk memudahkan orang ramai. Kita mohon kesabaran orang ramai, dan dalam masa beberapa hari, mereka (pemohon) boleh mengikuti program tersebut di institut memandu yang terlibat,” katanya.
BACA: ‘Mulanya beli helikopter untuk kegunaan sendiri’ Ini kisah jutawan Melayu ramai tak kenal