Mukhriz nafi tuntutan RM1.5 bilion, Sanusi perlu jawab dan tunjuk bukti

Mukhriz nafi tuntutan RM1.5 bilion, Sanusi perlu jawab dan tunjuk bukti

Bekas MB Kedah Mukhriz Mahathir menafikan ada tuntutan daripada syarikat pembalakan di Kedah ekoran pembatalan konsensi yang diberikan kepada mereka, berjumlah RM1.5 billion semasa beliau menjadi MB di bawah kerajaan PH.

Katanya angka itu sengaja direka-reka dengan tujuan tertentu dan sekaligus mahu memburukkan kerajaan PH pimpinannya sebelum ini.

Semalam telah hebuh diperkatakan kerajaan Kedah menanggung beban kerana dituntut syarikat pembalak sejumlah RM1.5 billion.

Kenyataan itu dibuat oleh MB Kedah yang baru Sanusi Md Noor.

Menurut Mukhriz kalau pun ada permasalahan dengan syarikat pembalakan ekoran kawasan mereka dibatalkan kerana terlibat dengan perluasan kawasan rezab, itu pun ia telah diselesaikan dengan baik.

Syarikat terbabit katanya telah bersetuju dengan penyelesaian dibuat. Beliau tidak menolak angka RM1.5 billion itu diasaskan kepada apa disebut dalam DUN Kedah sebelum ini. Beliau ada memberi tahu ada syarikat pembalakan mentakrifkan mereka kerugian sebanyak RM40,000 sehekar apabila ia dibatalkan.

Mungkin angka itulah dijadikan asas untuk menzahirkan RM1.5 billion itu. Mukhriz diwawancara secara langsung menerusi Fb malam ini oleh Dr Ismail Salleh.

Bagaimana pun jelasnya ia tidak berbangkit kerana ia diselesaikan dengan baik, dengan memberi alternatif lain dan syarikat terbabit telah bersetuju dengan penyelesaian itu.

Ditanya mengenai dakwaan Ketua Pemuda Pas Kedah, yang membuat tuduhan beliau telah meninggalkan beban kepada kerajaan baru sebanyak RM1.8 billion, apakah beliau bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang, Mukhriz hanya berkata; “janganlah membuat fitnah.”

Bermakna Mukhriz tidak berminat untuk mengambil tindakan undang-undang berkaitan tuduhan itu. Beliau tetap menegaskan apa dibangkitkan itu tidak benar, tidak ada apa-apa tuntutan atau ugutan saman daripada syarikat pembalakan.

“Semasa saya jadi MB dahulu perkara tuntutan itu tidak pun berbangkit kerana ia sudah pun diselesaikan dengan baik, jadi macam mana ada angka sebanyak itu pula?” tegasnya.

Kini menjadi tanggungjawab MB Kedah yang baru Sanusi Md Noor pula untuk menafikan apa disebut Muhriz itu. Terbaiknya, Sanusi perlu menyenaraikan mana-mana syarikat pembalakan yang mahu membuat tuntutan seperti mana disebut itu agar orang ramai dapat menilainya sendiri.

Jika beliau gagal berbuat demikian, jelas beliau berbohong dan mengapa isu tuntutan itu ditimbulkan mungkin kerana ingin menghalalkan supaya pembalakan di kawasan dibekukan itu dibuka kembali.

Kita tunggu dan kebenaran itu tetap akan menjelma apabila kebatilan tidak dapat mempertahankan dirinya.

Seperti mana kata Mukhriz sebelum mengakhiri wawancara itu, bahawa netizen hari ini sudah cerdik mereka tidak dapat ditipu segala maklumat di hujung jari sahaja. Makanya sesiapa cuba menipu dan bersilat mulut akan menerima padah. Trims.

Sumber:

COMMENTS