Muka atlet gimnastik Malaysia sebiji muka Syed Saddiq, ramai gadis dah cair..

Oleh INFORAKYAT

Muka atlet gimnastik Malaysia sebiji muka Syed Saddiq, ramai gadis dah cair.. Saat Sukan Sea Hanoi, Vietnam sedang giat berlangsung, ada tumpuan lain yang telah menarik perhatian penonton. Ada rakyat Malaysia yang matanya kini sedang tertumpu kepada seorang atlet gimnastik lelaki ini.

Ketampanannya telah membuatkan pengulas sukan sendiri tertumpu kepadanya, siap sempat berseloroh mengenai paras rupa dan kemahiran sukannya.

Macam Syed Saddiq- Netizen

Dalam masa 2 jam, keratan video yang dikongsikan semula di TikTok ini telah meraih hampir 100K jumlah tontonan.

Ramai netizen mula tertanya-tanya gerangan atlet tersebut, selain penampilannya, mereka terhibur dengan cara pengulas mention kekacakannya itu, malah warganet turut perhatikan bahawa rupa atlet ini persis dengan bekas Menteri Sukan, Syed Saddiq.

Bukan sahaja di di TikTok, di Twitter juga gambarnya tertumpu kepadanya mereka juga menyifatkan perkara yang sama apabila melihat rupa atlet ini.

Gymnast Lelaki Melayu Gymnast Lelaki Melayu 2 Gymnast Lelaki Melayu 3 Gymnast Lelaki Melayu 4 Gymnast Lelaki Melayu 5

Muka atlet gimnastik Malaysia sebiji muka Syed Saddiq, ramai gadis dah cair..

Muhammad Sharul Aimy Kamarul

Untuk pengetahuan, atlet ini bernama Muhammad Sharul Aimy Kamarul, berusia 20 tahun dan dia merupakan anak kelahiran Terengganu.

Lapor Sinar Harian, dia dan atlet gimnastik lelaki Ng Chun Chen meraih pingat perak selepas mereka mempamerkan aksi cemerlang pada kejohanan Egyptian Pharaohs Cup 2021 di Mesir pada 19 Disember lepas.

Screenshot 2022 05 17 170550Sumber: tvstv.my
Mereka memenangi acara palang sejajar (parallel bars) dan melombol (vault), yang berlangsung selama tiga hari bermula 17 Disember.

BACA:

Sufian Suhaimi pula tunjuk kekasih selepas MK, makin kecewa gadis-gadis

Lelaki raba gadis dalam lif rupanya seorang pesakit mental, tapi..

Harga susut teruk, kedai Emas kena serbu rakyat Malaysia