Mujahid jadi mangsa fitnah golongan yang rakus mahu berkuasa

Mujahid jadi mangsa fitnah golongan yang rakus mahu berkuasa

Hampir 2 Tahun , Para agamawan, Asatizah dok sebarkan fitnah kepada Dr Mujahid dalam group group Whatsapp, termasuk Group Whatsapp taman termasuklah Group Masjid..

Jangan kata Group Whatsapp, hatta Dalam Kuliah dan Khutbah Jumaat pun yang mana depa fitnah Dr Mujahid jual aset Tabung Haji..Jual Aset Ummat Islam, apalagi kata jual kat Cina..Tujuan mereka menyemai kebencian kepada Dr Mujahid dan Kerajaan PH..

Alhamdulillah hari ini Allah zahirkan satu lagi kebenaran dari fitnah mereka melalui lisan dan tangan mereka sendiri.. Dr Mujahid dibersihkan oleh jawapan mereka sendiri di Parlimen.. Tidak kah para asatizah ini berasa malu atas fitnah fitnah mereka ?

Kalau ikut jawapan Menteri Agama, jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi separuh tahun pertama tahun ini, Tabung Haji telah mencatatkan lonjakan keuntungan sebanyak RM 1.25 Billion berbanding RM 800 juta untuk tahun 2019..Iaitu peningkatan sebanyak 80%..

Manakala jumlah aset Melebihi Liabiliti adalah RM 1.9 Billon.. Jumlah Aset yang direkodkan setakat bulan jun adalah sebanyak RM 78 Billion berbanding RM 73 Billion dalam kenyataan Tabung Haji pada september yang lalu.. Jelas jawapan Tabung Haji ia hasil langkah pengstruturan semula Kementerian Dr Mujahid..

Bayangkan tak sampai 1 tahun.. Perbandingan dari tahun 2019, Aset Tabung Haji meningkat lebih RM 5 Billion, Kalau ikut logik pengfitnah dari kalangan kelompok Ashabiyah PAS dan UMNO.. asatizah, hatta Mufti dari Utara.. bila Dr Mujahid gadai habis aset tabung Haji.. patut Aset Tabung Haji bukannya meningkat..Tetapi menyusut.. Apa maknanya ? inilah gambaran Kejahatan fitnah kelompok Khawarij dan Ashabiyah seperti PAS dan UMNO…

Ini menunjukan, Pengstrukturan Tabung Haji ini bukan saja berjaya, tetapi mencapai prestasi menakjubkan.. Jual beli aset berupa Saham, syarikat Perladangan mahupun hartanah adalah perkara biasa bagi sebuah syarikat pelaburan seperti tabung Haji, begitu juga yang dilakukan KWSP dan Khazanah.. apa yang penting Aset dan keuntungannya kumpulannya bertambah..

Sebagai contoh mudah, Pada bulan April 2020.. KWSP menjual lebih 3 juta saham Top Glove pada ketika barangan Latex dan sarung tangan getah mendapat permintaan tinggi Dunia disebabkan wabak Covid-19 ini pada harga RM 12-14 Sesaham, Berbanding harga penutup hari ini RM 23 sesaham..

Apakah boleh kita takrifkan KWSP jual Aset orang Melayu ? atau kita kata KWSP bertindak bodoh bila menjual sahamnya ketika berlaku trend peningkatan Saham berkaitan getah ? tidak.. Proses jual beli saham dan proses pengambilan Untung itu perkara biasa bagi Syarikat pelaburan..

Begitu juga bila Khazanah melupuskan RM 300 juta nilai saham dalam rangkaian pasaraya TESCO yang dipegang Sime Darby.. dan menjual lebih 11 juta saham TNB dengan nilai lebih RM 1 Billion.. Apakah boleh ditakrifkan Kerajaan Melayu Islam hari ini menggadaikan aset negara dan orang Melayu.. ? Tidak..ini proses biasa Syarikat Pelaburan…

Menjadi kebiasaan sebuah Syarikat Pelaburan seperti tabung Haji, PNB, KWSP mahupun Khazanah menjual sebahagian kepentingan mereka.. Baru baru ini KWSP sekali lagi melepaskan kepentingannya dalam Media Prima..

Sebagai Contoh mudah bagi peminat abah kita.., Jika Tabung Haji ada pegangan saham dalam penerbitan Harakah.. Jika TH menjual Saham dan kepentingan dia dalam Harakah, Apakah boleh ditakrif menjual kepentingan Islam.. ? Tidak.. Ia satu keputusan yang tepat bilamana Syarikat Harakah banyak Liabiliti, Setiap tahun mencatatkan Kerugian.. Syarikat berhutang dengan Pengedar, Pencetak hatta dengan Stafnya sendiri..

Dari pendapatan hasil jualan Saham Harakah, Tabung Haji boleh mengalih pelaburannya dalam Instrumen kewangan yang lain yang lebih menguntungkan, Seperti Pembelian Saham di BSKL dalam ketika banyak saham boleh dibeli pada harganya yang murah dan ada pontensi dari peningkatan modal saham dan pendapatan dari dividen..

Jangan jadi seperti Syarikat Pelaburan PAS seperti KOHILAL dibawah Nik Amar dulu.. Jangan kata Dividen, Perniagaan burung Unta dengan pelaburan RM 8.9 juta kononnya dahulu, entah hilang kemana.. Bak kata Ustaz Ismail Kamus dulu, Nak kata Burung pun bukan.. Unta pun bukan..Jangankan Unta, Burung pun tak nampak rupa..

KOHILAL ni Jangan kata Dividen, Modal pendeposit dan Pelabur Kohilal lebih RM 45 juta pun Hilang lesap.. tinggal Sijil jer buat kenangan….Office pun takda.. lagi teruk dari Scammer Pak man telo..Kohilal Ini baru betul dinamakan gadai, Jual Aset orang Islam.. 🙂

Ipohmali

Sumber :

COMMENTS