Mujahid berkayuh sekitar Titi Serong serah sumbangan dan ziarah rakyat

Mujahid berkayuh sekitar Titi Serong serah sumbangan dan ziarah rakyat

Alhamdulillah, pagi ini saya bersama anak muda Parit Buntar mengayuh basikal sambil menyampaikan sumbangan dan ziarah sekitar Titi Serong.

Bermula Parit Satu kemudian ke Sungai Setar, Tebuk Haji Musa, Parit 80 L, Parit Haji Nasir dan Pekan Titi Serong sejauh 20 kilometer.

Saya singgah ke rumah Encik Nazeri yang kemalangan ketika berkerja dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada beliau.

Turut sama dalam kayuhan rahmah pagi ini Team Pusat Khidmat dan Penyelaras Dun Titi Serong.

Sumber :

COMMENTS