Mujahid bantu ibu anak OKU baiki bumbung rumah bocor

Mujahid bantu ibu anak OKU baiki bumbung rumah bocor

Petang tadi ke Kampung Sungai Bakau melawat pembinaan bumbung rumah Pn Zurina yang akan siap beberapa hari lagi.

Pada bulan lepas dalam satu program saya singgah di rumah Pn Zurina yang tinggal bersama anak-anak beliau. Dua orang dari anak beliau adalah OKU. Pn Zurina mendapat pendapatan harian melalui perniagaan goreng pisang di hadapan rumah beliau.

Semasa dalam ziarah tersebut Pn Zurina mengadu keadaan sebahagian bumbung rumah bocor ketika hujan lebat.

Bagi membantu meringankan beban beliau, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar membantu membaiki bumbung rumah yang bocor.

Saya berharap Pn Zurina hidup bersama anak-anak dengan lebih selesa dan selamat. – FB

Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: one or more people and people standing

COMMENTS