Muhyiddin seperti takut hantu 13 Julai

Muhyiddin seperti takut hantu 13 Julai

Kalau ikut perkhabaran dalam akaun Facebook ini, para Presiden parti-parti Perikatan Nasional yang hadir mesyuarat ini bagi sokongan sebulat suara kepada Muhyiddin Mohd Yassin.

Kalau tidak, masakan Muhyiddin sendiri akan ceritakan dalam Facebook dia. Tentulah nampak macam MBAS. Bukan Majlis Bandaraya Alor Setar tapi masuk bakul angkat sendiri.

Kita fahamlah pasal apa mesyuarat ini diadakan dan mengapa ikrar sokongan kepada Muhyiddin sangat penting dan wajib dihebahkan seluas-luasnya.

Ini lebih kurang macam cerita budak-budak takut hantu masa balik daripada mengaji Quran waktu malam. Muhyiddin dan konco-konconya dalam PN sedang takut hantu 13 Julai.

Tarikh 13 Julai ada permulaan sidang 25 hari Dewan Rakyat. Yang sangat-sangat ditakuti – macam budak-budak takut hantu jerangkung – adalah usul tidak percaya terhadap Muhyiddin yang dikemukakan oleh Ahli Langkawi, Dr Mahathir Mohamad.

Kalau ikut Speaker, Mohamad Ariff Md Yusof, usul Dr Mahathir itu telah diterima. Banyak orang percaya Muhyiddin kemuka usul pecat Mohamad Ariff sebab dia tidak tolak usul Dr Mahathir. Muhyiddin juga mahu salah seorang daripada dua Timbalan Speaker iaitu Nga Kor Ming dari DAP dipecat.

Dalam perkiraan Muhyiddin yang sedang dilanda fobia, kalau Mohamad Ariff berjaya dipecat dan Speaker baru yang pro-PN dilantik, usaha boleh dibuat untuk menyekat usul Dr Mahathir itu daripada dibentangkan.

Hanya Dewan boleh pecat dan lantik Speaker. Jadi Muhyiddin perlukan sokong majoriti untuk pecat Mohamad Ariff dan Nga, dan lantik pengganti mereka.

Saya tengok dalam takwim persidangan, usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin tidak disebutkan. Tapi ini tidak menghalang Dr Mahathir atau mana-mana ahli Dewan membangkitkannya.

Jadi untuk melegakan ketakutan itu, Muhyiddin panggillah konco-konco dia bersidang dan buat heboh macam budak-budak takut hantu yang buat bising menyanyi dan berbual kuat sambil berlari.

Kalau dulu di Kedah, budak-budak disuruh berlari sambil selak kain kononnya hantu takut tengok buntut manusia. Tapi tujuan sebebarnya supaya kain tak kotor atau koyak.

Demikianlah adanya. Terima kasih.

Sumber :

COMMENTS