Muhyiddin pun dah jadi macam Najib tak luluskan pendaftaran Pejuang – Tun M

Muhyiddin pun dah jadi macam Najib tak luluskan pendaftaran Pejuang – Tun M

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata dengan kuasa darurat yang dimiliki Putrajaya bermakna tidak ada jalan keluar untuk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Dengan keadaan darurat, kuasa perdana menteri tidak boleh dicabar. Tidak ada lagi demokrasi.

“Jadi saya rasa Pejuang tidak dapat berbuat apa-apa supaya Pendaftar mendaftarkan parti,” katanya pada satu kenyataan.

Mahathir berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang juga presiden Bersatu, marah ketika Najib Razak menjadi perdana menteri melakukan perkara yang sama kepadanya pada tahun 2018.

Bagaimanapun, Mahathir berkata Muhyiddin kini melakukan perkara yang sama terhadap Pejuang.

“Pemimpin Bersatu dalam kerajaan mesti tahu bahawa sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, pendaftaran Bersatu dibatalkan.

“Perdana menteri sekarang yang pada masa itu presiden Bersatu sangat marah. Dia menganggap (pembatalan itu) tidak adil dan taktik kotor kerajaan Najib untuk berbuat demikian.

“Tetapi sekarang dia menjadi kerajaan yang mempunyai kuasa darurat, dia melakukan hal yang sama yang dia kecam Najib dulu,” kata Mahathir dalam satu kenyataan.

Mahathir berkata, Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengesahkan permohonan pendaftaran Pejuang ‘tidak ada masalah’ tetapi kelulusan perlu dirujuk kepada Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin, walaupun prosedur itu tidak memerlukan hal itu.

Akhirnya, Dr Mahathir berkata Pejuang perlu membawa perkara itu ke mahkamah.

“Petang sebelum mahkamah membuat keputusan, ROS menjawab permohonan kami ditolak.

“Sebab yang diberikan ROS, versi dalam talian perlembagaan parti kami tidak betul? Tetapi kami telah memberikan salinan bercetak,” katanya.

Mahathir menyindir, bertanya apakah menghalang pendaftaran Pejuang juga merupakan antara langkah yang perlu dibuat dalam memerangi wabak Covid-19.

“Mungkinkah dengan meluluskan parti kami akan memburukkan lagi wabak atau kerajaan begitu sibuk menguruskan Covid-19 sehingga tidak punya masa untuk urusan lain.

“Atau inilah cara kerajaan memastikan pilihan raya tanpa lawan,” katanya.

Pengisytiharan darurat, yang berkuat kuasa pada 11 Jan, menyaksikan penggantungan Parlimen dan Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin berkata darurat diperlukan untuk memerangi wabak itu tetapi pengkritik mendakwa darurat digunakan untuk dia terus berkuasa selepas hilang majoriti di Dewan Rakyat. – MK

COMMENTS