Muhyiddin nafi sebut kerajaan akan iktiraf sijil UEC

Muhyiddin nafi sebut kerajaan akan iktiraf sijil UEC

Muhyiddin hari ini menafikan laporan portal berbahasa cina bahawa kerajaan berhasrat mengiktiraf sijil UEC di Malaysia.

Laporan portal cina itu memetik pendirian peribadi Muhyiddin yang dinyatakan dalam pertemuan dengan pimpinan Hua Zhong baru-baru ini.

Berikut kenyataan penuh Jabatan Perdana Menteri berhubung isu pengiktirafan UEC tersebut :

Berhubung isu pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC) yang dibangkitkan dalam pertemuan pimpinan Hua Zhong Bersama YAB Perdana Menteri pada 16 Julai 2020, ingin dijelaskan bahawa YAB Perdana Menteri tidak menyatakan kerajaan akan mengiktiraf sijil UEC.

YAB Perdana Menteri menyebut bahawa UEC telah mendapat pengiktirafan sebahagian (partial recognition) apabila kerajaan pada masa lalu telah menerima lepasan UEC untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dalam bidang pengkhususan Bahasa Cina di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Kerajaan pada tahun 2012 telah menerima lepasan UEC untuk mengikuti program PISMP dalam bidang Bahasa Cina dengan syarat mereka lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memperolehi sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu.

YAB Perdana Menteri juga menegaskan UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan pada masa hadapan.

Sumber :

COMMENTS