Muhyiddin lebih percayakan bekas ahli UMNO dari suara akar umbi

Muhyiddin lebih percayakan bekas ahli UMNO dari suara akar umbi

Mereka ni bekas-bekas MP UMNO, kalah PRU14 jadi pembangkang. Keluar UMNO, sertai Bersatu. Sebab nak jadi kerajaan, nak kuasa.

Mereka ni kita (PH termasuk Bersatu) mati-matian lawan nak kalahkan dalam PRU14. Macam-macam perit-jerih, susah payah, tekanan demi tekanan, termasuk haramkan Bersatu, kita hadap satu-satu, gambar Tun dikerat, keluarga disiasat, ugutan, ancaman dan bermacam dugaan kita tempuh! Hinggalah Allah menangkan kita PRU14!

Mereka ini dalam UMNO dulu, mereka bisu isu KLEPTOKRAT NAJIB. Malah mereka jugalah yang pertahankan kerajaan NajiBN. Mereka juga bisu & sokong Najib PECAT MUHYIDDIN YASSIN tahun 2016 dulu. Sebab apa ? Sebab mereka lemah INTERGRITI & MORAL, demi menjaga periuk nasi masing-masing. Perjuangan mereka mudah, hanya modal air liur keluarkan kenyataan media, ” saya keluar parti UMNO, saya nak masuk Bersatu “, sudah mereka anggap ‘berjuang’.
Mudah sungguh cara perjuangan mereka!

Tapi hari ini, Muhyiddin Yassin lebih utamakan BEKAS AHLI UMNO yang sertai Bersatu. Demi kuasa, disingkirkan rakan-rakan susah senang sewaktu dia dibuang dari UMNO. Hari ini, Bersatu bukan lagi suara asal Bersatu. Tapi suara baharu bekas AHLI UMNO yang sertai Bersatu.

Lebih malang, Presiden Bersatu LEBIH DENGAR & PERCAYAKAN bekas AHLI UMNO berbanding suara akar umbi & suara ahli asal Bersatu, suara pengasas-pengasas Bersatu.

Suara AKAR UMBI ? DIBUANG DALAM TONG SAMPAH! Bersatu kini didominasi oleh BEKAS-BEKAS AHLI UMNO!

Takziah, terima kasih kerana ROSAKKAN BERSATU!

Kepada ahli asal Bersatu, hukumlah mereka dalam pemilihan parti nanti. Ini parti kita, kita jaga parti kita, kita selamatkan parti kita, daripada tikus-tikus yang kononya mahu perbaiki labu!

Sumber:

COMMENTS