Muhyiddin kena buli dengan UMNO – Kadir Jasin

Muhyiddin kena buli dengan UMNO – Kadir Jasin

Kalau surat dalam gambar ini asli (genuine), lihatlah macam mana Muhyiddin dilayan oleh Umno. Atau lebih tepat dibuli.

Ini surat presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, sendiri.

Mula-mula bagi salam dan panjangkan doa. Lepas itu buat cadangan dan akhir sekali gugurkan bom.

Ini tuntutan yang kita tahu. Yang kita tidak tahu entah macam mana.

Pas lagi teruk. Mula-mula seorang Menteri Pas (Takiyuddin) umum kata MP Perikatan Nasional yang belum ada jawatan akan dilantik ke GLC.

Belum apa-apa seorang lagi Menteri Pas (Khairuddin) dah lantik member dia ke Lembaga Getah Malaysia.

Siapa yang jadi ketua kerajaan sekarang – Ahmad Zahid, Takiyuddin, Azmin Ali?

Tak malu ka parti Bersatu tengok Presiden dibuli oleh Umno dan Pas secara berbuka?

Atau inikah cara Perikatan Nasional? Buang golongan profesional dan berebut jawatan kosong macam orang kebuluran.

Wallahuaklam. Terima kasih.

Sumber: