Muhyiddin dikuarantin, Ismail Sabri jadi pemangku PM?

Muhyiddin dikuarantin, Ismail Sabri jadi pemangku PM?

‪PM Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin di rumah selama dua minggu mulai hari ini, demikian menurut kenyataan media Jabatan Perdana Menteri (JPM).‬

‪Ini berikutan seorang pegawai tinggi Jabatan Kerajaan yang hadir dalam mesyuarat pasca-Kabinet yang dipengerusikan Muhyiddin pada 20 Mei lalu telah disahkan positif COVID-19.‬

‪Tidak pula kenyataan media JPM menyebut Menteri-menteri lain, samada turut hadir atau juga dikuarantin dua minggu. Lazimnya, mesyuarat pasca-Kabinet yang dipengerusikan oleh PM akan turut disertai beberapa Menteri dan Timbalan Menteri.‬

‪PM Muhyiddin telah menjalani ujian saringan dan didapati negatif COVID-19. Namun demikian, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak COVID-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), Muhyiddin perlu dikuarantin selama dua minggu.‬

‪Dua minggu adalah suatu jangka masa yang panjang dalam politik dan pentadbiran kerajaan.‬

‪Ini bererti Muhyiddin perlu memutuskan samada beliau perlu melantik seorang anggota Kabinet untuk memangku jawatan dan menjalankan tugas-tugas Perdana Menteri.‬

‪Muhyiddin tidak menamakan sesiapa menjadi Timbalan Perdana Menteri hingga kini. Beliau cuma melantik Kabinet dengan telah mengumumkan empat orang Menteri sebagai Menteri Kanan.‬

‪Apakah kini ada kewajaran untuk melantik Timbalan Perdana Menteri? Jika tidak demikian, apakah kini ada kewajaran untuk melantik salah seorang daripada empat Menteri Kanan itu sebagai pemangku Perdana Menteri?‬

‪Terdapat empat Menteri Kanan dalam Kabinet Muhyiddin, iaitu:-‬

‪Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali (BERSATU)‬

‪Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob (UMNO)‬

‪Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof (GPS-PBB)‬

‪Menteri Pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin (BERSATU)‬

‪Jika dilantik sesiapa daripada empat Menteri Kanan itu untuk memangku jawatan Perdana Menteri, aku lebih cenderung menyatakan Ismail Sabri Yaakob akan dilantik, sejajar dengan kekuatan UMNO dalam Perikatan Nasional. Beliau sudah ketara terdedah kepada umum sebagai suara Kabinet mewakili Majlis Keselamatan Negara sejak penularan wabak COVID-19.‬

‪Dari luar Jemaah Menteri, aku tidak menolak kemungkinan calon pemangku Perdana Menteri yang berpotensi dilantik ialah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang kini memegang jawatan sebagai Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf Menteri.‬

‪Aku tidak nampak Azmin Ali dan Mohd Radzi Md Jidin mungkin dilantik kerana Azmin cuma anggota biasa Bersatu dan Radzi hanyalah seorang Senator. Manakala, Fadillah Yusof tidak mungkin dilantik kerana dia dari GPS Sarawak.‬

‪Dalam seminggu yang pertama Muhyiddin berada dalam kuarantin mungkin tak ketara berbangkit keperluan melantik pemangku Perdana Menteri kerana negara akan bercuti menyambut Idilfitri. Tetapi, dalam minggu yang kedua, pelantikan tersebut menjadi suatu keperluan untuk menjalankan tugas-tugas harian Perdana Menteri dan mempengerusikan mesyuarat mingguan Jemaah Menteri.‬

‪Inilah masanya dan peluang keemasan yang terbuka kepada UMNO sebagai komponen terbesar PN untuk mengorak langkah. ‬

Abd Malek Hussin

Sumber:

COMMENTS