Muhyiddin-Azmin buat UMNO PAS bagai lembu dicucuk hidung

Muhyiddin-Azmin buat UMNO PAS bagai lembu dicucuk hidung

Buat masa ini gandingan Muhyiddin-Azmin nampak seronok men”faraid”kan jawatan-jawatan GLC kepada Ahli-Ahli Parlimen Umno dan Pas selain dari Bersatu itu sendiri. Dengan cara ini gandingan Muhyiddin-Azmin merasakan akan mendapat majoriti yang selamat jika usul undi tidak percaya yang dilakukan oleh Tun Mahathir menjadi kenyataan.

Gandingan Muhyiddin-Azmin menyerlahkan bagaimana Umno yang kononnya memperjuangkan Melayu menyokong pengkhianat.

Gandingan Muhyiddin-Azmin menyerlahkan bagaimana parti Islam kononnya memperjuangkan Islam menyokong pengkhianat.

Gandingan Muhyiddin-Azmin menyerlahkan cakap tak serupa bikin parti GPS dari Sarawak yang kononnya sebelum ini tidak mahu campur urusan politik Malaya. Kita orang Sarawak tak boleh diperbodohkan oleh orang Malaya. Akhirnya mereka sendiri penyokong pengkhianat dalam membentuk kerajaan.

Dengan penuh kepercayaan, Muhyiddin meletakkan posisi gandingannya sebagai Menteri Kanan paling kanan. Sebab itu perasmian persidangan parlimen Azmin duduk di sebelah Muhyiddin diikuti oleh ahli parlimen dari parti yang kuat dalam PN Ismail Sabri dan Menteri yang kalah pada Pilihanraya tetapi dilantik Menteri Kanan iaitu Radzi Jidin.

Azmin Ali ibarat Timbalan Perdana Menteri “de factor”. Umno lembik tengkuk melihat Azmin. Presiden Umno belum dapat apa-apa lagi kan? Nanti adalah tu, tunggu beberapa bulan kes Mahkamah dibuang kes.

Hebat gandingan Muhyiddin-Azmin. Perancangan dari pengkhianat PKR dan Bersatu mampu menjadikan Umno seperti lembu di cucuk hidung.

Akhirnya terserlah laungan hidup melayu dan takbir hanya palsu apabila gila jawatan di depan mata. Sanggup parti Melayu dan parti Islam bekerjasama dengan gandingan Muhyiddin-Azmin merosakkan mandat rakyat.

Yang pasti gandingan Muhyiddin-Azmin berjaya menyerlahkan “muka tak tahu malu” dikalangan pejuang Melayu dan Islam terdiri daripada Zahid Hamidi, Mohamad Hassan, Hadi Awang, Tuan Ibrahim Tuan Man dan ramai lagi….

Semoga gandingan ini akan musnah dah terhapus tidak lama lagi. Kerajaan yang tertubuh tanpa mandat rakyat akan diaibkan tidak lama lagi. Rakyat yang memilih Pakatan Harapan teruskan berdoa memohon kepada Allah semoga gabungan ini akan musnah.

COMMENTS