Mufti Wilayah perlu bijak melihat maslahah umum

Mufti Wilayah perlu bijak melihat maslahah umum

Semalam Kerajaan menamakan pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) Dr Luqman Abdullah sebagai Mufti Wilayah.. dikatakan Dr Luqman ini mempunyai latar belakang pengajian pondok..

Dalam media sosial pulak.. tengok masih ramai dok komen perlantikan itu atas penilaian sammada dia Aswaja atau tidak.. berpegang kepada aqidah asy’ariyah dan maturidiyah.. mereka takut takut kalau datang dari kalangan Salaf atau depa panggil dan gelar Wahhabi..

rupanya kat Malaysia ini, persoalan Aqidah, soal Wahhabi masih menjadi pertentangan dikalangan agamawan dan para asatizah..hatta dalam group student UM.. hat Dr Dzul pun dikata Wahhabi.. punya lah teruk.. inipun satu bentuk dan ciri Ashabiyah.. kecenderungan itu sebab Mazhab..dan kelompok tertentu..

Bagi aku mudah..tak kira lah dia dari kelompok Aswaja ker..asy’ariyah ker.. atau Salaf.. hatta dia tak bermazhab.. dia tok guru Pondok atau kalangan Habaib.. mahupun dia ahli tafsir atau hadis..

tetapi seorang Mufti mesti pandai atau Faqih mengadaptasikan maslahah, melakukan Ijtihad.. bukan hanya pandai mengupas dan mengulang ngulang pandangan Ulama’ Mazhab atau menukilkan apa yang ditulis dari Kitab2 Turath..

bukan makna kita tak boleh jadikan Kitab dan Pandangan Ulama..tetapi pandai menyesuaikan hukum, Hukum boleh berubah sebagaimana kaedah Fiqh..

“لا ينكر تغير الأحكام بتغير الأزمان”

“ Tidak dapat dinafikan perubahan hukum hakam itu mengikut berubahnya zaman ”

Dan yang paling penting.. Seorang Mufti tak banyak bercakap soal Politik.. Berlagak pandai.. bawa pandangan Kebencian, Takfir macam Mufti Utara.. hat ni kita minta jauh..

Setakat ini, Bila lihat dr Luqman ni bukan agamawan kaki selfie.. Kaki facebook.. dia seorang yang memegang amanahnya dengan baik di UM.. pada pandangan aku, dia layak lah untuk jawatan tu… apapun kita tunggu dah lihat.. Mufti Wilayah sebelum ni pun nampak tawadduk.. tapi.. 

Ipohmali

Sumber:

COMMENTS