Mufti Perlis cabar Menteri Agama berdialog secara terbuka disaksikan rakyat

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, mencadangkan agar media rasmi kerajaan memberi ruang kepadanya

untuk berdialog secara terbuka dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),

Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, bagi membincangkan isu mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan.

Mohd Asri berkata, Mohd Na’im sepatutnya membawa agenda yang luas dan sederhana selaras dengan idea kerajaan Madani.

Namun, beliau menyifatkan menteri tersebut sedang membawa negara ke dalam kancah kafir-mengkafir dan sesat-menyesatkan.

Mufti Perlis cabar Menteri Agama berdialog secara terbuka disaksikan rakyat

“Soalan kita, apakah Menteri Agama hari ini ingin membawa Malaysia ke zaman Ibn Tumart dengan menjadikan tafsiran Islam yang bersifat sektarian menguasai pentadbiran negara moden ini?

“Apa kata jika media rasmi kerajaan memberi ruang kepada saya untuk berdialog dengan Menteri Agama secara terbuka di hadapan rakyat, sebagai tanda bahawa beliau mampu mempertahankan ideanya?” soalnya.

Beliau menyatakan demikian menerusi hantaran di Facebook.

Sebelum ini, beliau mempersoalkan sama ada Mohd Na’im melaksanakan pemikiran Madani selaras dengan pentadbiran Madani di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar pada Ahad lalu menyerahkan isu pertikaian mengenai RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 untuk dijawab oleh Menteri Agama.

BACA: Tambah kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak, ini respon padu PMX