MUDA, parti baru Syed Saddiq

MUDA, parti baru Syed Saddiq

Bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengemukakan permohonan pendaftaran parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Bekas Ketua Pemuda Bersatu (Armada) itu hadir ke RoS di sini kira-10.30 pagi bagi menghantar beberapa dokumen untuk pendaftaran parti baharu itu.

Ditemui media selepas hadir ke RoS, Syed Saddiq berkata MUDA boleh disertai pelbagai kaum di Malaysia dan tiada had umur ditetapkan.

“Parti ini akan dipimpin oleh anak muda daripada pelbagai lapisan masyarakat,” katanya, sambil menambah MUDA kini mempunyai 13 penaja.

Menurutnya, struktur organisasi parti MUDA akan diumumkan dalam masa terdekat.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/542913

COMMENTS