MT Umno positif Covid-19 dilaporkan turut menemui pegawai Muhyiddin

MT Umno positif Covid-19 dilaporkan turut menemui pegawai Muhyiddin

Seorang Ahli MT UMNO, Razlan Rafii yang dilaporkan positif dijangkiti virus Covid 19 dipercayai mempunyai kontak rapat dengan seorang pegawai Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Sumber memberitahu, Razlan ada bertemu dengan pegawai Muhyiddin semasa berkempen dalam PRN Sabah yang sedang berjalan ketika ini.

Malah, Razlan dan pegawai Muhyiddin itu juga difahamkan bersarapan pagi bersama dengan beberapa ahli politik lain dari Semenanjung dan juga Sabah.

Menurut sumber, pegawai Muhyiddin tersebut adalah merupakan salah seorang yang selalu menjadi sebutan ramai dan dipercayai turut terlibat membantu bekas Ketua Menteri, Musa Aman dalam cubaan merampas kerajaan negeri Sabah, baru-baru ini.

Bagaimanapun, usaha tersebut gagal berikutan Shafie Apdal berjaya meyakinkan TYT Sabah untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan diadakan pilihanraya semula.

Sehingga ini difahamkan pegawai Muhyiddin tersebut masih merahsiakan maklumat kontak rapat beliau dengan Razlan itu kerana bimbang ia akan memberi kesan buruk kepada gerakan kempen PN.

Namun, perkara itu telah menjadi bualan hangat di Sabah ketika ini dan mereka mula mencari-cari siapa lagi yang pernah kontak rapat dengan Razlan.

Jelas sumber itu lagi, pegawai Muhyiddin tersebut aktif terlibat dalam kempen pilihan raya di negeri bawah bayu tersebut dan sering bertemu dengan para pemimpin politik dalam merancang gerak kerja kempen di sana..

Menurut laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani kuarantin wajib bagi mendapatkan rawatan susulan.

Laporan yang memetik sumber itu memaklumkan beliau telah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Razlan dipercayai dijangkiti Covid-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang, kawasan yang ditandingi oleh UMNO dan sekutunya, Perikatan Nasional.

Razlan sendiri mengakui spekulasi beliau dijangkiti Covid-19 itu.

Bagaimanapun kata Razlan, dia sedang menunggu keputusan ujian lanjut saringannya dan berharap keputusannya adalah negatif.

“Pertamanya RTK (ujian rapid test kit), sekarang tengah tunggu RT-PCR (polymerase chain reaction).

“Keputusan akan keluar hari ini atau esok,” kata Razlan lagi.

Sementara itu, Pengerusi BN Sabah, Bung Mokhtar Radin turut mengakui kes membabitkan Razlan, namun berkata, ia hanya baru disyaki.

“Tetapi Razlan telah diarah untuk dikuarantin selama 14 hari,” tambah Bung Mokhtar yang disebut-sebut sebagai calon Ketua Menteri mewakili BN.

Artikel berkaitan : PRN Sabah : Giat berkempen, Pemimpin Umno didapati positif Covid-19

Berita penuh : https://shahbudindotcom.net/2020/09/21/pegawai-muhyiddin-antara-kontak-rapat-ahli-mt-umno-positif-covid-19.html

COMMENTS