MP Segamat pula disebut bakal keluar dari Parti Bersatu

MP Segamat pula disebut bakal keluar dari Parti Bersatu

MP Segamat pula disebut bakal keluar dari Parti Bersatu. Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar hari ini dilaporkan bakal keluar daripada parti BERSATU.

Memetik dari Berita Harian, Santhara dilaporkan sudah menyerahkan surat untuk keluar daripada BERSATU kepada Setiausaha Agung parti berkenaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, minggu lalu, kata sumbernya.

Kata sumber berkenaan, langkah Santhara itu dibuat selepas beliau berasakan masa depannya sebagai Ahli Parlimen bukan Bumiputera dalam parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin malap.

“Presiden juga tahu mengenainya, namun pada masa ini pimpinan parti BERSATU masih memujuknya untuk mengubah fikiran.

“Namun, dia tetap akan meneruskan langkahnya untuk keluar daripada BERSATU,” katanya seperti dilaporkan oleh portal dalam talian, FMT.

MP Segamat pula disebut bakal keluar dari Parti Bersatu

Dengan langkah Santhara ini, BERSATU akan kehilangan satu-satunya Ahli Parlimen bukan Bumiputera.

Santhara adalah antara 10 Ahli Parlimen yang mengikuti langkah Datuk Seri Azmin Ali untuk keluar daripada PKR susulan Langkah Sheraton pada Februari 2020.

BACA:

Politik punya pasal, Pandalela luah rasa kecewa acara terjun tak masuk dalam SUKMA 2022

Aaron Aziz jumpa tikus besar dalam bilik hotel mewah, terkejut dengar jawapan hotel

Tular video wanita ‘belasah’ budak tengah makan dengan penyapu

CATEGORIES