MP Igan kini dilantik sebagai Pengerusi Indah Water

MP Igan kini dilantik sebagai Pengerusi Indah Water

Ahli Parlimen P.207 Igan, Ahmad Johnie Zawawi, dilantik sebagai Pengerusi Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd. yang baharu berkuatkuasa 13 Mei, 2020.

Menurut pengumuman Indah Water Konsortium Sdn Bhd pada 14 Mei, 2020, Ahmad Johnie menggantikan Amiruddin Abdul Aziz yang meletak jawatan pada 9 Mei, 2020.

Ahmad Johnie, 58, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pernah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 14 tahun.

Ahmad Johnie menyandang jawatan pertamanya sebagai Pegawai Tadbir Sarawak, kemudian Penguasa Kastam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Setelah berhenti daripada Perkhidmatan Awam pada tahun 2000, beliau kemudian berkhidmat di sektor swasta dengan memegang beberapa jawatan antaranya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif WHS Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terlibat dalam industri perladangan sawit, hartanah, penerbitan dan hotel.

Berpengalaman luas dalam bidang pengurusan dan pelaburan, Ahmad Johnie adalah Pengarah Eksekutif di sebuah syarikat penerbitan Serimaju Sdn Bhd pada tahun 2015.

Ahmad Johnie adalah juga Pengerusi Eksekutif Alunan Jujur Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengurus Hotel Samudra di Kuching.

Berdasarkan pengalamannya, beliau dijangka akan dapat menyumbang ke arah meningkatkan lagi prestasi IWK dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

Sumber: