MP Hulu Langat didakwa bakal dilantik jadi Menteri, sekali ini respon tuan badan

Oleh AHMAD SULAIMAN

Pada Jumaat yang lalu, Anwar telah menyatakan kemungkinan untuk melakukan rombakan kabinet menjelang akhir tahun.

Ahli Jawatankuasa Pusat Amanah, Mohd Sany Hamzan, menyatakan kesiapannya untuk berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang baru jika dilantik.

Dalam satu perbincangan dengan pemberita di Ipoh, Sany menyatakan bahawa keputusan tersebut bergantung kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

MP Hulu Langat didakwa bakal dilantik jadi Menteri, sekali ini respon tuan badan

Beliau menjelaskan bahawa Amanah telah mengemukakan sekurang-kurangnya dua calon sebagai ganti jawatan yang ditinggalkan kosong sejak kematian bekas timbalan presiden Amanah, Salahuddin Ayub, empat bulan lalu.

“Kita pun tak tahu bila tarikh lantikan, cuma diberitahu dalam masa terdekat.

Parti Amanah sudah menghantar nama untuk mengisi jawatan tersebut, sekarang terpulang kepada perdana menteri menentukannya,” kata Ahli Parlimen Hulu Langat itu.

Sehingga kini, tidak jelas sama ada parti lain dalam kerajaan turut mengemukakan calon untuk dipertimbangkan oleh Anwar.

Walaupun begitu, Sany enggan mendedahkan nama calon yang telah diajukan.

“Cuma saya dengar-dengar macam nama (Ahli Parlimen) Hulu Langat kuatlah.

Kalau PM lantik saya sebagai Menteri KPDN, saya panjatkan kesyukuran kehadrat Allah,” katanya dengan nada berseloroh, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

Pada Jumaat yang lalu, Anwar telah menyatakan kemungkinan untuk melakukan rombakan kabinet menjelang akhir tahun,

^selain daripada mengisi jawatan yang ditinggalkan oleh Salahuddin, yang sementara ini ditugaskan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Armizan Mohd Ali.