MP Batu ucap takziah kepada waris kanak-kanak meninggal disengat tebuan

MP Batu ucap takziah kepada waris kanak-kanak meninggal disengat tebuan

Keluarga adalah aset yang paling penting bagi kita, pengawasan anak-anak di dalam dan di luar rumah
itu penting. Ibu bapa harus peka tentang keadaan dan dimana anak-anak mereka berada pada setiap masa.

Saya mengucapkan salam takziah kepada keluarga adik Nur Nazihah Mohd Sabri yang meninggal dunia
malam tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu akibat disengat tebuan. Saya harap pihak
berkuasa tempatan telah mengatasi masalah tebuan itu dari terus mengugat keselamatan
kanak-kanak disana. Sedih apabila mendapat tahu berita malang yang menimpa kanak-kanak yang tidak berdosa ini.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap apa yang telah
berlaku kepada George Floyd di Minnesota Amerika Syarikat pada 25 May 2020. Saya amat bersimpati kepada apa yang
telah berlaku dan Keadilan harus ditegakkan dalam mana-mana kes yang melanggar hak asasi
manusia.

P.Prabakaran
Ketua AMK Wilayah
Ahli Parlimen Batu

Sumber:

COMMENTS