MP Batu bantu rakyat tempatan dapat pekerjaan di Pasar Borong KL

MP Batu bantu rakyat tempatan dapat pekerjaan di Pasar Borong KL

Kesinambungan daripada siaran langsung di laman sosial Facebook tempoh hari Saya telah mendapati banyak peniaga-peniaga di Pasar Borong Kuala Lumpur yang memerlukan tenaga kerja tempatan selain ia mampu mendidik mereka menjadi usahawan satu masa kelak.

Secara tidak langsung inisiatif ini mampu memampankan ekonomi negara kerana ia menuju kearah sifar pengangguran selain membantu para belia bagi menambah pendapatan bulanan isi rumah mereka.

Demi menuju kearah tersebut Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batu akan menjelajah diseluruh kawasan bagi membantu menyebarkan maklumat kepada penduduk berkaitan Peluang Pekerjaan di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Kami juga akan memperincikan lagi perbincangan bersama pihak persatuan peniaga di Pasar Borong Kuala Lumpur berkaitan isu ini.

Sila hubungi pegawai kami untuk mendapatkan maklumat berkaitan inisiatif yang sedang dijalankan bermula seawal bulan Januari tahun ini.

P.Prabakaran
Ahli Parlimen Batu
Ketua Angkatan Muda Keadilan Wilayah Persekutuan

Sumber:

COMMENTS