MP Baling gagal batal tuduhan ubah wang haram dan rasuah

MP Baling gagal batal tuduhan ubah wang haram dan rasuah

MP Baling gagal batal tuduhan ubah wang haram dan rasuah. Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membatalkan tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram terhadapnya.

Hakim Kamaluddin Md Said berpegang bahawa ketiga-tiga tuduhan rasuah itu tidak cacat.

Hakim lain yang bersidang ialah Abu Bakar Jais dan Che Mohd Ruzima Ghazali.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Azeez untuk membatalkan empat daripada 10 tuduhan pengubahan wang haram kerana lokasi didakwa yang dinyatakan bawah empat tuduhan itu “terlalu luas”.

Mahkamah memerintahkan perbicaraan Azeez diteruskan di hadapan Mahkamah Sesyen.

MP Baling gagal batal tuduhan ubah wang haram dan rasuah

Azeez didakwa pada 2019 atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah.

Beliau juga berdepan 10 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM13.9 juta berhubung dana daripada sebuah syarikat, Menuju Asas Sdn Bhd.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu memohon untuk membatalkan tuduhan rasuah dan pengubahan wang haramnya dengan mendakwa ia dibuat dengan niat jahat.

BACA:

Ini dia Jurukimpal dalam air wanita pertama Malaysia, bangga!

Puteri Balqis dedah kelakuan buruk ayah, “dia tengok porno macam kartun”

Demi filem, Nas T terpaksa hadap tekanan tinggi jalani latihan komando

CATEGORIES