MoU tak cukup tegas banteras rasuah, ini jawapan Anwar

MoU

MoU tak cukup tegas banteras rasuah.Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim hari ini mengulas dakwaan memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani antara blok pembangkang Pakatan Harapan dan kerajaan pimpinan Umno tidak cukup tegas membanteras rasuah.

Jelasnya, memorandum itu mempunyai klausa khusus yang menekankan terhadap prinsip urus tadbir yang baik dan kebebasan badan kehakiman.

“Kalau teliti MOU, yang ditekankan tata kelola yang baik, good governance. Itu tidak mungkin berlaku kalau rasuah menular.

“Kedua disebut juga kebebasan badan kehakiman yang ditekankan dalam salah satu peruntukan MOU.

MoU

“Saya boleh jelaskan kepada TI, bahawa sebenarnya membanteras rasuah itu salah satu pendirian kami dan PH ini antara hal yang menjadi asas. Tidak boleh kompromi,” kata ahli parlimen Port Dickson MP merujuk NGO antirasuah Transparency International Malaysia (TI-M).

Anwar bercakap pada sidang media maya pagi ini, ketika dia diminta mengulas kenyataan TI-M semalam.

NGO itu khuatir memorandum berkenaan tidak menyertakan janji-janji reformasi mengenai Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik, pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwaraya serta penubuhan SPRM sebagai suruhan jaya oleh perlembagaan.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/591601

BACA: Isu air di Kelantan bukan baru hari ini, dah bertahun-tahun – Fizo

CATEGORIES