MoU bukan bermakna pembangkang perlu tunduk kepada kerajaan

MoU bukan bermakna pembangkang perlu tunduk kepada kerajaan.Blok pembangkang tetap berpegang kepada teras perjuangan mereka untuk menjamin proses semak dan imbang dalam pentadbiran negara terus berjalan.

Tugas Pakatan Harapan (PH) sebagai pembangkang tidak akan terjejas dengan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani sebaliknya PH masih bebas mengkritik dan menegur kerajaan.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata pihaknya juga tidak menganggap bentuk kerjasama itu sebagai tanda pembangkang tunduk atau mengalah kepada kerajaan.

Mengulas lanjut beliau berkata, MoU itu sebenarnya adalah lambang ‘pujian’ kepada kerajaan kerana merealisasikan perjuangan PH termasuk membabitkan isu Undi18, kesamarataan peruntukan antara pembangkang dan kerajaan.

MoU

“Ia tidak menjejaskan sebesar debu zarah kita sebagai pembangkang di mana kita boleh kritik dan tegur kerajaan sama ada di luar dan dalam Parlimen dan ia sendiri dipersetujui kerajaan..kita tidak akan jadi kucing yang hanya menggaru kepala.

“Saya sendiri terbabit dalam beberapa siri rundingan ke arah mencapai persetujuan MoU…tidak ada isu kita mengalah sebaliknya ia menjayakan banyak perkara yang diperjuangkan PH selama ini,” katanya kepada BH, di sini hari ini.

Semalam, kerajaan Persekutuan dan PH hari ini melakar sejarah apabila julung kali memeterai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.

MoU yang dimeterai di Bangunan Parlimen itu merangkumi enam perkara iaitu Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Pada masa sama, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, antara lain perjuangan PH yang direalisasikan kerajaan kerajaan melalui MoU ini ialah membabitkan reformasi Parlimen di mana keanggotaan dalam jawatankuasa khas Parlimen mengikut nisbah jumlah kerusi pembangkang dan kerajaan yang sememangnya menjadi amalan negara maju selain tempoh had Perdana Menteri selama dua penggal selain kebebasan kehakiman.

Beliau berkata, apa yang dilakukan PH ini adalah demi kelangsungan rakyat yang terjejas akibat COVID-19 selain meningkatkan kestabilan politik demi memudahkan fokus membawa negara keluar dari pandemik berjaya.

“Ini adalah kali kedua dalam sejarah kerajaan dan pembangkang membentuk satu persefahaman iaitu pada 13 Mei 1969 di mana ketika itu berlaku pertumpahan darah dan kali ini juga membabitkan nyawa rakyat disebabkab COVID-19, jika negara tidak diurus dengan baik, kita akan terus bergelumang dengan pandemik.

“Ada persepsi kata kami tunduk pada kerajaan, namun hakikatnya kita mahu menumpukan pada kepentingan rakyat…kami tidak dapat jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Jadi kita boleh memfokuskan kepada isu memerangi COVID-19 dan ekonomi rakyat melalui MoU ini,” katanya.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/863829/mou-kerajaan-ph-tugas-pembangkang-tidak-terjejas

BACA:Gempar !!! Ahmad Said ‘mengganas’ di Sidang Dun Terengganu, dedah semua bukti salahlaku pemimpin Pas

CATEGORIES