Mohon Bantuan AM RM350 sebulan, semak kelayakan anda di sini

Oleh INFORAKYAT

Mohon Bantuan AM RM350 sebulan, semak kelayakan anda di sini. Kerajaan dibawah kementerian kewangan memperkenalkan pakej bantuan AM bagi mereka yang layak. Usaha ini dibuat untuk membantu rakyat yang tidak berkemampuan. Butiranya seperti dibawah :-

Apakah itu Bantuan Am?

  • Kadar bayaran Bantuan Am : RM100 sebulan seorang; maksimum RM350 sebulan sekeluarga
  • Bantuan Am adalah bertujuan untuk membantu menampung perbelanjaan harian individu atau keluarga

Siapakah yang layak untuk memohon Bantuan Am?

Mohon Bantuan AM RM350 sebulan, semak kelayakan anda di sini

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
  1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
  2. PGK purata miskin per kapita semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

Bagaimanakah cara untuk memohon Bantuan Am?

  • Setiap pemohon perlu melengkapkan Borang Permohonan Bantuan (JKM 18)
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
  1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
  2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

BACA:

PRU15 tahun ini? Ini penjelasan terkini PM

Arab Saudi bina pencakar langit baru lagi, kos RM4 Trillion!

Lelaki luncur udara terbabas, sangkut atas pokok lebih 10 jam