Mohamad Sabu tinjau status pembinaan jalan di parlimen Kota Raja

Mohamad Sabu tinjau status pembinaan jalan di parlimen Kota Raja

Lawatan Ahli Parlimen Kota Raja YB Tuan Hj Mohamad Sabu, EXCO Kerajaan Negeri Selangor YB Tuan IR Izham Hashim dan YB Ustaz Mohd Zawawi Mughni Ahli Dewan Negeri N49 Sungai Kandis berkenaan PROJEK JALAN KAMPUNG LOMBONG.

Isu projek Jalan Kampung Lombong yang sentiasa menjadi perhatian penduduk dan semua pihak tentang kerosakkan jalan sedia ada dan progress kerja-kerja menaik taraf sehingga siap hujung tahun ini pada Disember 2020.

Beberapa penerangan dari pihak JKR Daerah Klang kepada Yang Berhormat tentang progress projek naik taraf jalan kampung Lombong seksyen 29 Shah Alam.

(PENERANGAN DIMEJA MESYUARAT) :

Masalah yang timbul adalah perkara yang sama melalui aduan penduduk kampung Lombong kepada pihak MPKK juga kerap kali berbangkit antaranya ;

– Kerosakkan jalan sedia ada
– Masalah aliran trafik waktu puncak
– Keselamatan penunggang motor yang membonceng anak pergi balik sekolah
– Jalan yang baru diturap kerap rosak dengan cepat akibat kenderaan-kenderaan berat
– Permit tanah batu dan pasir
– Palang yang sepatutnya dijanjikan untuk sementara projek jalan disiapkan
– Penutupan jalan lombong emas 3
– Kewujudan batching plan di jalan lombong emas 3
– Penguatkuasaan Pejabat Daerah Tanah dan Jabatan Pengangkutan Jalan
– Spec kualiti jalan dititik beratkan

Ketegasan dan teguran-teguran Yang Berhormat MP dan Yang Berhormat Exco menekankan kepada pihak kontraktor projek ini supaya disiapkan mengikut tempoh yang diberikan setelah 3kali extension of time (EOT) pada Disember 2020 tahun ini juga.

(LAWATAN LAPANGAN) :

Soal keselamatan penduduk juga jangan diabaikan kerana ini penting melibatkan nyawa penduduk kampung.

Jutaan terima kasih kepada ketiga-tiga Yang Berhormat dapat turun padang bersama secara serentak turun kelapangan bagi melihat keadaan sebenar projek jalan ini serta hadir bersama Ahli Majlis Tuan Haji Ismail Zakaria Mpp Zon11 serta pegawai-pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Raja.

Yang Berhormat juga telah menyaksikan sendiri kenderaan berat yang lalu lalang tanpa menghiraukan penduduk lain dan kami yang hadir disitu ketika lawatan. Jelas yang lalu diatas jalan kampung Lombong keluar terus ke Kota Kemuning yang tidak ada kena mengena dengan projek pembangunan di Kampung Lombong.

Penduduk kampung Lombong meletakkan harapan yang terlalu tinggi agar projek ini sentiasa diberi keutamaan agar ianya berjaya sehingga waktu yang ditetapkan.

“Selangor Maju Bersama”
“Berkhidmat Untuk Negara”

Sekian

Saya yang menjalankan amanah

Sumardy Abdul Sani
Pengerusi MPKK KG LOMBONG

Sumber :

COMMENTS