Mohamad Sabu pelawa Tun sertai Amanah hanya kenyataan biasa

Mohamad Sabu pelawa Tun sertai Amanah hanya kenyataan biasa

Selepas diumumkan Tun dipecat dari Bersatu, esoknya keluar berita dalam media bahawa Mat Sabu pelawa Tun sertai Amanah.

Semua orang baca berita tu, atau sekurang-kurangnya ternampak tajuknya, tapi tak tahu berapa kerat saja yang berminat nak baca isinya, aku sendiri pun baca tajuk je.

Sebab itu adalah kenyataan yang sangat biasa….. sebagai respon kepada isu yang sedang berlaku, Tun dipecat dari Bersatu, itu saja.

Dan pelawaan Abang Mat itu mati di situ saja…. Tidak ada kenyataan susulan dari Abang Mat sendiri atau lain-lain pemimpin Amanah pun, dan yang lebih penting, Tun sendiri pun tak pernah respon dengan pelawaan Abang Mat, isu tu senyap macam tu je….. Amanah pun tidak berminat untuk bersungguh-sungguh pergi pujuk Tun suruh masuk Amanah… Itu hanya kenyataan spontan dan menurut adat saja….. Tun rakan kita, bila dia kena pecat, kita pelawa join parti kita… Itu biasa, adat je….. Bukannya kita sungguh-sungguh nak suruh Tun masuk Amanah, dan kita pun tahu Tun tak nak nya masuk Amanah.

Kita tengah makan kat restoren, tiba-tiba ada kawan menyapa kita… Spontan je kita pelawa dia ajak makan sekali…. Bukannya ajak betul-betul, dan kita pun tahu dia akan jawab, tak apa, sila, sila….. Lainlah kalu jenis kawan yang tak reti baser, kita buat-buat pelawa ajak makan sekali, siap tulis dalam fb hujah-hujah kenapa dia tak setuju bila kita pelawa makan.

Nak main politik kena cerdik… benda ni tak ada ajar di sekolah, tapi kena tahu sendiri lah.

Sumber:

COMMENTS