Setiap ibu bapa yang mempunyai anak kecil pasti mengalami masalah ini. Hampir setiap kali keluar rumah dengan membawa si kecil menaiki kereta,
seperti ke kedai runcit, walaupun hanya untuk membeli roti atau makanan ringan untuk anak-anak kita.
Apabila kita mahu pulang atau pergi ke tempat lain, anak kecil mungkin ingin segera memakan makanan yang dibeli tadi dan makan dalam kereta.
Tidak masalah jika makan dalam kereta, tetapi masalahnya timbul apabila biasanya anak-anak ini meninggalkan sisa-sisa makanan atau serbuk makanan yang tumpah di dalam kereta.
Jika kereta tidak dibersihkan dengan sempurna, sisa-sisa makanan tadi akan menarik serangga seperti semut dan lipas untuk datang!
Walaupun semut mungkin bukan masalah besar, tetapi jika lipas pula, aduhh! Pasti ramai yang merasa geli dengan lipas, terutama jika sedang memandu dan tiba-tiba ada lipas naik ke kaki kita!
Lipas-lipas ini tidak boleh dibiarkan kerana mereka akan berkembang biak dan jumlah mereka akan bertambah dalam kereta kita. Akibatnya, akan lebih sukar bagi kita untuk menghalau atau membasmi lipas-lipas tersebut.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Khushairi Borhanudin berkongsi tips dan cara berguna untuk membasmi lipas-lipas dalam kereta.
“Sekadar berkongsi perasaan. Kereta saya ada anak kecil macam ni. Kinderjoy, cekedis, aiskrim tumpah. Semua berselerak di atas seat & lantai kereta. Maka datanglah lipas-lipas buat kenduri kemudian.
Saya beli fumakilla vape ni di speedmart. Harganya sekitar RM7.90. Sembur dua tiga das bawah seat kereta. Lakukannya pada waktu malam sebelum tidur.
Pagi-pagi kumpulkan hasilnya. Puas hati mengumpulkan lipas-lipas itu. Saya jumpa banyak yang tengah bertelur untuk meluaskan ummah lipas. Saya jadi tukang sembur juga la ni kan?
Jadi, bagi sesiapa yang menghadapi masalah lipas banyak dalam kereta, bolehlah cuba tips di atas ini.”