Mizz Nina keluar kenyataan terbaru tentang hidupnya sekarang tanpa Noh

Mizz Nina keluar kenyataan terbaru tentang hidupnya sekarang tanpa Noh

Mizz Nina keluar kenyataan terbaru tentang hidupnya sekarang tanpa Noh. Penyanyi Mizz Nina, 42, menyifatkan ujian yang dialami dalam hidup kadang-kadang boleh membuat seseorang berasa putus asa tetapi dalam masa sama akan muncul kemudahan buat seseorang itu.

Sejak bercerai dengan Noh Salleh baru-baru ini, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman membuat hantaran di Instagram yang menjurus kepada perkongsian positif dan menyemarakkan semangat diri.

Terbaharu, melalui hantaran yang dipetik semula daripada akaun Instagram Qalby App Indonesia, Mizz Nina berkongsi petikan surah al Sharh ayat kelima yang bermaksud, ‘Maka bahawa sesungguhnya setiap kesulitan itu disertai kemudahan’.

Dia juga meletakkan keterangan gambar iaitu ‘ujian kadang-kadang membuat kita putus asa akan suatu hal, dan kadang justeru membuat kita bangkit dari kegagalan dan keterpurukan (kemerosotan).

“Yang terpenting adalah bagaimana kita menyikapi hal tersebut. Jangan lupa membabitkan Allah dan ingat sama dalil ini ya #TemanQalby semua,” tulisnya.

Mizz Nina keluar kenyataan terbaru tentang hidupnya sekarang tanpa Noh

Tidak hanya itu, Mizz Nina yang juga aktivis kemanusiaan berasakan setiap ujian yang menimpa itu pasti akan muncul kemudahan untuk kita di sebaliknya.

Qalby App adalah aplikasi mudah alih berkonsepkan gaya hidup Muslim yang dilancarkan Mizz Nina pada akhir 2020 lalu.

Baru-baru ini, Mizz Nina dan Noh yang juga penyanyi Hujan mengumumkan perceraian mereka secara serentak di Instagram masing-masing selepas 11 tahun lalu hidup bersama.

Sebelum pengumuman rasmi itu dibuat, mereka dilaporkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Selangor, Rabu lalu.

Difahamkan, perceraian pasangan itu adalah di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.

Perceraian itu sudah difailkan di mahkamah pada 14 Jun lalu.

Mizz Nina dan Noh mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Hasil perkongsian hidup itu mereka tidak dikurniakan cahaya mata dan mereka mengambil anak angkat dikenali sebagai ‘Baby Musa’ pada Mac lalu.

BACA:

Adegan peluk ‘ghairah’ Aiman dan Diana dikecam, “dua2 laki bini orang”

Peserta Dewi Remaja kena kutuk kaw-kaw, “muka macam lelaki pun ada..”

Orang ramai teruja tengok Tok Kadi hensem, “pengantin perempuan senyum pula..”

CATEGORIES