Seorang wanita terpaksa mengeluarkan sebanyak RM300 untuk mencari punca bau busuk di dalam keretanya.
Melalui satu perkongsian di TikTok, difahamkan bahawa pemilik kereta tersebut membawa kenderaan itu
ke sebuah bengkel untuk mengenal pasti sumber bau busuk yang sangat menyengat.
“Pelanggan hantar kereta, bukan untuk dibaiki tetapi untuk mencari punca bau busuk.
“Sampai pekerja hampir pitam kerana bau tersebut,” tulis kapsyen dalam video itu.
Pencarian punca bau busuk tersebut memakan masa dua hari kerana pekerja bengkel perlu membuka setiap bahagian dalam kereta berkenaan.
Akhirnya, pekerja bengkel berjaya menemukan beberapa ekor anak tupai yang masih hidup dan juga yang sudah mati, menyebabkan bau busuk yang sangat kuat.
Tinjauan di ruangan komen menunjukkan ramai pengguna bertanya-tanya bagaimana tupai tersebut boleh masuk dan bersembunyi di dalam kereta tersebut.
“Apa punca haiwan boleh tinggal di situ? Kalau kerap servis kereta, bolehkah kita kesan, atau tetap tidak akan tahu hingga bau busuk keluar?” tanya Noni.
“Macam mana tupai boleh masuk? Tupai bukankah agak besar? Selalu dengar tikus je yang masuk dalam kereta,” ujar Isz.
“Ayam saya dulu pernah hilang. Rupa-rupanya dah mati dekat enjin. Bau dia berbulan-bulan tak hilang,” kongsi Farha.
BACA: Terkejut jumpa 67 tulang manusia dalam peti sejuk lama
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio